Isnin, 7 Disember 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-5 (RMK-5) (1986)


Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang

Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.4mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 1000000

Duit syiling ini dikeluarkan pada 30 Ogos 1986 sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-5 (RMK-5) oleh Dato' (skrng Tun) Dr. Mahathir Mohamad.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan imej-imej kemajuan negara dalam sektor pertanian.

*****************************************************************

Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42 mm
Berat: 35 gm
Tempaan Dibenarkan: 80000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 30 Ogos 1986.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan sektor utama pembangunan negara seperti perkilangan, perkapalan, pembinaan, perdagangan, dan penapisan minyak.


*****************************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini



  
Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-5 (RMK-5) oleh Dato' (skrng Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper-nickel peruf bernilai muka $1 pada 30 Ogos 1986. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Singapore Mint.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan imej-imej kemajuan negara dalam sektor pertanian.


*****************************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini
 


Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-5 (RMK-5) oleh Dato' (skrng Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $25 pada 30 Ogos 1986. Duit syiling ini ditempa sebanyak 5000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Singapore Mint.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan sektor utama pembangunan negara seperti perkilangan, perkapalan, pembinaan, perdagangan, dan penapisan minyak.


Terima Kasih atas sumbangan foto ini

*****************************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.999 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.999 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 1000 keping.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel  bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $500. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 2000 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...