Selasa, 20 Julai 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XII (2002)

 
 
 
 
*****************************************************





Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 10000 keping sahaja ditempa (sumber tidak rasmi menyatakan bahawa cuma 3000 keping sahaja ditempa) untuk set single. Dikeluarkan pada 26 April 2002.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII dengan nama baginda tertera di sekeliling potret.

Reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nilai muka duit syiling tersebut.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
*****************************************************
Update 2014
 
Terima Kasih pada yang izinkan 3 keping syiling ini yang telah digredkan dipaparkan dalam blog ini
 
 

 


 


*****************************************************

Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 300 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas tembaga nikel  bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 tidak dinyatakan. Ada dakwaan lain pula menyatakan set ini hanya dikhaskan kepada orang kenamaan.

Jumaat, 16 Julai 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10 (2002)


 
************************************************











Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 16.8 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 2500 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 29 Januari 2002.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan sebahagian peta dunia, aksi dua pemain hoki dan mercu tanda Kuala Lumpur yang terdiri daripada Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur sebagai reka bentuk latar.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nilai muka duit syiling ini dan logo rasmi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2002.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini
************************************************
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 9 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single. Tetapi dalam jadual dilampirkan ditulis sebanyak 1000 keping
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi  duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 500 set.

Selasa, 13 Julai 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA XXI (2001)


 
********************************************





Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 3000 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 30 Ogos 2001.

Maskot – SI TUMAS
Si Tumas – tupai yang mesra, ceria, bertenaga, lincah serta amat ramah sesuai sebagai maskot Sukan SEA. Warna keemasannya menandakan kemenangan; namanya “SI” mengikut bunyi perkataan “SEA”. “TU” adalah suku pertama perkataan “tupai”, manakala “MAS” merupakan singkatan daripada perkataan “emas”.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan nilai muka duit syiling ini dan Si TUMAS sedang berenang.
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo rasmi Sukan Sea XXI yang dijalankan dari 8 hingga 17 September 2001 di Kuala Lumpur.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

********************************************
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini tidak jual secara berasingan (single), sebaliknya dijual dalam set 2 dalam 1.
 
* Set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 500 set.

Khamis, 1 Julai 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Perisytiharan Shah Alam sebagai Bandaraya (2000)

 

***************************************************






Duit syiling perak ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping sahaja ditempa. Dikeluarkan pada 8 November 2000.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambaran bandar raya Shah Alam iaitu Masjid Negeri, Wisma MBSA, Perpustakaan Negeri, dan bangunan SUK Selangor. Di kawasan perimeter syiling ini memaparkan tulisan SEMPENA PENGISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM dan tarikh 10 OKTOBER 2000, iaitu tarikh perisytiharan Shah Alam sebagai bandar raya.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nilai muka duit syiling ini dan jata (city council emblem) Majlis Bandar raya Shah Alam.

Dahulu, Shah Alam dikenali sebagai Batu 3/Sungai Renggam. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan Sultan Selangor, nama kawasan ini ditukar menjadi Shah Alam, nama pilihan baginda sendiri seterusnya dijadikan ibu negeri Selangor.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***************************************************
Update 2014: Tiba-tiba muncul set dua dalam satu, sedangkan maklumat rasmi tiada menyatakan pengeluarannya, Isu yang timbul ialah set ini adalah asli tetapi diberikan kepada orang kenamaan sahaja. Satu lagi desas desus ialah set ini ialah sengaja diadakan oleh pihak tertentu.
 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...