Memaparkan catatan dengan label 021. Medallion in Box. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 021. Medallion in Box. Papar semua catatan

Isnin, 18 Julai 2016

Silver Proof Medallion: Asia School of Business (2016)

* Milik salah seorang sahabat yang saya kongsi untuk entri ini.
 
 -  Desas-desus mengatakan ini adalah tempaan pertama untuk syiling / medallion berwarna dari Kilang Wang di Shah Alam. Kiranya cubaan pertama menghasilkan produk berwarna. Walaupun tiada sumber yang rasmi, namun sememangnya desas-desus itu sahih.
 
- Sejak 2015 lagi, sudah kedengaran yang BNM mahu memiliki mesin berwarna. Dengan wujudnya medallion ini, kami golongan pengumpul mengharapkan agar BNM mampu mempelbagaikan isu tema untuk keluaran syiling peringatan mahupun medallion.

- Dengan harapan bahawa Gabenur baharu BNM yang dikatakan lebih mesra numismatik, moga isu tema selepas ini bukan bersifat ULANG TAHUN, sampai bila mahu keluar isu ULANG TAHUN, sudah sampai detiknya isu dan tema yang bersifat keindahan Malaysia harus ditonjolkan, sebab banyak negara lain sudah pun tonjolkan kehebatan negara melalui syiling. Keluar dalam bentuk medallion pun tak mengapa.
 
-  Untuk bukan pengumpul, koleksi ini walaupun sama sahaja seperti syiling, sama sahaja seperti syiling peringatan yang lain, namun ketiadaan NILAI MUKA membuatkan koleksi ini dipanggil medallion, walaupun 99% pembuatan dan reka bentuk nya sama sahaja seperti syiling. Jika syiling, koleksi ini akan punya nilai muka seperti RM1 atau RM10 atau sebagainya dah sah digunakan untuk urusan.
 
- Saiz untuk medallion ini adalah kecil berbanding dengan syiling peringatan keluaran BNM, iatu berdiameter 32 mm sahaja, besar sikit daripada saiz coin card yang 30 mm.
 
- Reka bentuk bahagian hadapan yang menggambarkan imej bangunan KLCC yang digarap sebegitu rupa menampakkan unsur kreatif dan moden. Jauh lebih menarik dari reka bentuk syiling peringatan berwarna yang sedia ada.
 
- Sebenarnya, imej KLCC tersebut sememangnya menjadi logo Asia School of Business, sebab itulah reka bentuk mendallion ini juga kelihatan kreatif hehehehehe.
 
- Jumlah tempaan tidak dinyatakan pada COA, tetapi ada yang mendakwa bilangannya cuma 500.

- Kotak kayu getah yang digunakan dengan baldu merah dengan stail kotak ekslusif seperti ini memang jadi kegemaran pengumpul, mengingatkan zaman royal mint.
 
 










Rabu, 10 Jun 2015

Commemorative Medallion Coronation of HRH Sultan Ibrahim, Sultan Johor (23 March 2015)

Pertama kali atas nama BANK NEGARA MALAYSIA mengeluarkan medallion peringatan / commemorative medallion. Harapannya selepas selepas ini BNM dapat mengeluarkan satu atau dua isu dalam setahun dalam kategori commemorative medallion.





 
 
UPDATE 2016
 
Seseorang mengirimkan foto-foto dibwah, entah siapa punya, saiz gambar agak kecil.
 
 








Jumaat, 11 September 2009

Medallion (Silver Proof) Sempena Jubli Perak Bandar Raya Shah Alam 1978-2003 (2003)



Keluaran Royal Mint Malaysia
 
UPDATE 07 OKTOBER 2014
 
Inilah masalahnya apabila tidak ada pihak yang mahu memuatkan medallion keluaran Royal Mint dalam katalog mahupun blow/web. Seterusnya menyukarkan dapatan maklumat yang diperoleh untuk mengetahui tentang BERAPA ISU bagi kategori MEDALLION yang dikeluarkan oleh ROYAL MINT MALAYSIA.
 
Setelah LIMA TAHUN selepas posting blog ini, baru saya mengetahui bahawa medallion ini ada PASANGANNYA iaitu Medallion untuk isu yang sama tetapi tempaannya adalah PROOF SILVER. Maklumat yang diperoleh, Medallion yang Proof ini hanya untuk golongan VVIP. Kotaknya (box) juga bewarna biru gelap berbanding dengan yang bukan proof yang kotaknya agak biru terang.
 
Saya tidak memilikinya, namun saya print screen melalui iklan di EBAY untuk memaparkan koleksi Proof, harap tuan empunya iklan memberikan keizinan atas dasar perkongsian maklumat dan mempromosikan lagi hobi ini.
 






 

Khamis, 10 September 2009

Rabu, 9 September 2009

Isnin, 7 September 2009

Medallion Sempena FEI (2006)



 
*******************************************************
 
 
 
Keluaran Royal Mint Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...