Isnin, 20 Oktober 2014

ENAM Jenis Variasi Syiling / Medallion Peringatan Sempena "1st Petronas Malaysian Formula One Grand Prix" (1999)

 
 



 
 


 

 

 
Nikmati dahulu gambar-gambar koleksi di atas, merupakan koleksi peribadi salah seorang sahabat saya, Stewart Tan Say Liew yang sudi memberikan keizinan untuk dikongsikan foto-foto koleksi milik beliau dalam blog ini dengan tujuan mempromosikan hobi ini disamping penyebarluas maklumat. TERIMA KASIH tidak terhingga atas keizinan yang diberikan.
 
Bercerita tentang koleksi syiling / medallion peringatan sempena acara Petronas Malaysian Formula One pada tahun 1999 memang agak meletihkan dan memenatkan. Ada begitu banyak variasi dan kesukaran mendapatkan maklumat menjadi faktor utama yang menyebabkan pengetahuan tentang koleksi ini agak terbatas. Tambahan pula ketika koleksi ini mula dijual, belum lagi menjadi seorang pengumpul, jadi segala maklumat hanya melalui pembacaan dan lisan.
 
Tambahan pula syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan isu ini kini tidak lagi menerbitkan syiling / medallion peringatan. Maklumat di dalam buku katelog pun sekadar menunjukkan rupa duit tanpa rupa kotak asal. Jadi senarai yang saya akan paparkan sekadar apa yang pernah saya lihat dan ketahui, bukan maklumat secara rasmi.
 
1) Syiling Tembaga Bernilai Muka RM15
 
 

Spesifakasi Ringkas
Diameter: 33.4 mm
Berat: 16.8 gm
Tempaan Dibenarkan: 8000

Duit syiling peringatan di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia melalui Bousted Mint Sdn. Bhd. sempena perlumbaan Grand Prix F1 pertama kalinya diadakan di Malaysia pada 15 hingga 17 Oktober 2009.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan litar antarabangsa Sepang dan peta Malaysia dibahagian bawah litar tersebut.
 
Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan nilai muka syiling ini.

2) Medallion
 
Maklumat dan foto saya paparkan diperoleh dari blog http://dniewcollectors.blogspot.my/ milik saudara Dickson yang dipaparkan untuk acara lelongan MNS AuctionNo. 154 (23/12/2012)



3) Syiling Tembaga Bernilai Muka RM15 - Dalam Kotak Khas


4) Syiling Perak Bernilai Muka RM25 tempaan peruf (SILVER PROOF COIN) - Dalam Kotak Khas


5) Medallion Tembaga - Dalam Kotak Khas
 
 

 

Ukiran pada medallion ini menggabungkan ukiran duit syiling peringatan sempena F1 yang bernilai muka RM15 dan RM 25.


Bahagian hadapan medallion ini menggambarkan betuk bumbung kanopi litar Sepang, sama seperti ukiran pada syiling bernilai muka RM25. Bahagian belakang pula menggambarkan trek litar sepang dari pemandangan udara dan peta Malaysia, sama seperti ukiran pada syiling bernilai muka RM15.

6) Medallion Perak tempaan peruf (SILVER PROOF MEDALLION) - Dalam Kotak Khas
 



Kalau betul gambar yang dipaparkan merupakan kotak original daripada pengeluar, maka untuk membezakannya adalah:

3) RM15 - baldu didalam bewarna BIRU PEKAT
4) RM25 - keseluruhan kotak baldu didalam berwarna MERAH
5) Medallion Tembaga - baldu didalam bewarna KELABU
6) Medallion Perak Peruf - baldu didalam bewarna HITAM
 
***************************************
Update pada Julai 2017 - Selepas 10 tahun terlibat dalam hobi ini, barulah saya dapat memiliki sendiri sekeping syiling perak peruf F1... kepuasan yang teralu tinggi dirasakan kerana pernah sampai tahu tahap saya menganggap bahawa syiling ini tidak mungkin terjangkau untuk dimiliki kerana harganya yang diluar kemampuan. Mujurlah kejatuhan harga numismatik sejak setahun dua ini turut sama tempiasnya dirasakan dalam aliran syiling peringatan.
 
Dan syiling ini dipamerkan dalam sebuah kedai numismatik, dan kebetulan ketika itu saya datang  ke kedai tersebut untuk tujuan lain. Melihatkan syiling ini diperagakan terus rasa jatuh cinta dan ingin memilikinya. Tiga empat hari setelah berfikir itu dan ini, datang semula ke kedai tersebut dan terus membelinya...
Alhamdulillah.
 
 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...