Selasa, 15 Disember 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-25 Kemerdekaan (1982)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang



Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.4mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 1500000

Duit syiling ini dikeluarkan pada 31 Ogos 1982 sempena sambutan ulang tahun ke-25 kemerdekaan Malaysia.
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.

****************************************************

Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42 mm
Berat: 35 gm
Tempaan Dibenarkan: 150000

Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 31 Ogos 1982.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.


****************************************************
Bahagian Hadapan


Bahagian Belakang
Sempena sambutan ulang tahun ke-25 kemerdekaan Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper nickel peruf bernilai muka $1 pada 31 Ogos 1982. Duit syiling ini ditempa sebanyak 15000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Royal Mint, United Kingdom.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.

****************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang

 
Sempena sambutan ulang tahun ke-25 kemerdekaan Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $25 pada 31 Ogos 1982. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Royal Mint, United Kingdom.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.

Nampak kuning keemasan bukanlah sebab syiling ini bewarna sedemikian, oleh kerana sudah terlalu lama sangat, maka warna plastik yang menjadi casing syiling ini telah bertukar kepada warna kekuningan. Namun syilingnya masih menawan kilatannya.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 ***********************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 20000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 1000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $500. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 975 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...