Khamis, 31 Disember 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Siri Pemeliharaan Hidupan Liar Sedunia (1976)



Spesifikasi Ringkas
Diameter: 38.61 mm
Berat: 28.28 gm
Tempaan Dibenarkan: 40000

Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 19 Januari 1976.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan gambar seladang (antara haiwan unik di Malaysia yang semakin terancam) dan nilai muka syiling ini.

Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan tahun keluaran syiling ini.

**************************************************************
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42 mm
Berat: 35 gm
Tempaan Dibenarkan: 40000

Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 19 Januari 1976.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan burung enggang (salah satu spesies terancam di Malaysia) dan nilai muka duit ini.

Bahagian belakang memaparkan jata Malaysia dan tahun keluaran syiling ini.

**************************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang

Sempena penyertaan malaysia dalam Koleksi Syiling Konservation tajaan Tabung Haiwan Liar Sedunia, Malaysia bersama-sama dengan 24 buah negara lain menerbitkan duit syiling peringatan. Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak dengan tempaan peruf bernilai muka $15 pada 19 Januari 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8113 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Royal Mint, UK.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan imej seladang, antara haiawan liar yang dilindungi di Malaysia. Turut dipaparkan ialah nilai muka syiling.

Bahagian belakang memaparkan imej jata negara beserta tahun keluaran syiling ini.
 
* Foto syiling tanpa kotak
*************************************************************
Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Sempena penyertaan malaysia dalam Koleksi Syiling Konservation tajaan Tabung Haiwan Liar Sedunia, Malaysia bersama-sama dengan 24 buah negara lain menerbitkan duit syiling peringatan. Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak dengan tempaan peruf bernilai muka $25 pada 19 Januari 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8008  keping sahaja untuk set single yang ditempa di Royal Mint, UK.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan burung enggang, antara haiawan liar yang dilindungi di Malaysia. Turut dipaparkan ialah nilai muka syiling.

Bahagian belakang memaparkan imej jata negara beserta tahun keluaran syiling ini.


* Tiada pengesahana sama ada kotak untuk syiling ini adalah yang asli ataupun tidak
************************************************************
 
 
* Set dua dalam satu (Set 2 dlm 1). Ada sesetengah pendapat mengatakan yang set ini tidak pernah wujud secara rasmi, sebaliknya sengaja diwujudkan agar syiling ini berpasangan. Ada setengah pendapat memang menyatakan bahawasanya set dua dalam satu ini sememangnya wujud dan kotak untuk set ini adalah asli dari Royal Mint, UK.
 
* Foto dibawah merupakan gabungan syiling ini yang dibingkaikan oleh seorang pengumpul. Terdapat begitu banyak set seperti ni dalam koleksinya
 

  


Terima Kasih atas sumbangan foto ini
Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***********************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 2948 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 508 keping.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling perak bernilai muka $15, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $500. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 508 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...