![]() |
Bahagian Hadapan |
![]() |
Bahagian Belakang |


Sempena mempertingkatkan kedudukan wanita di negara-negara membangun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Kemanusiaan telah mengadakan Program Duit Syiling Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 24 buah negara yang menyertai program tersebut.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $25 pada 1 Julai 1986. Duit syiling ini ditempa sebanyak 2000 keping sahaja yang ditempa di Valcambi Mint, Switzerland.
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan burung merpati sebagai lambang kebebasan wanita.
![]() |
Terima Kasih atas sumbangan foto ini |
*******************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.999 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 1500 keping.