Thursday, December 10, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-25 Bank Negara (1984)


Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42 mm
Berat: 35 gm
Tempaan Dibenarkan: 98000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 26 Januari 1984.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Sultan Haji Ahmah Shah Al-MustainBillah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatiddin Al-Muadzam Shah, Sultan Pahang ke-5 dan Yang Dipertuan Agong ke-7 dari 29 Mac 1979 sehingga 25 April 1984.

Bahagian belakang duit syiling ini pula menggambarkan logo Bank Negara Malaysia iaitu KIJANG. Haiwan ini diambil sempena duit Kijang Emas, duit syiling emas terawal dari Kelantan. Lakaran matahari menggambarkan kuasa manakala bulan sabit menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

********************************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang

 Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini




Sempena ulang tahun ke-25 Bank Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $25 pada 26 Januari 1984. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10000  keping sahaja yang ditempa di Singapore Mint.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Sultan Haji Ahmah Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatiddin Al-Muadzam Shah, Sultan Pahang ke-5 dan Yang Dipertuan Agong ke-7 dari 29 Mac 1979 sehingga 25 April 1984.

Bahagian belakang duit syiling ini pula menggambarkan logo Bank Negara Malaysia iaitu KIJANG. Haiwan ini diambil sempena duit Kijang Emas, duit syiling emas terawal dari Kelantan. Lakaran matahari menggambarkan kuasa manakala bulan sabit menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.


Terima Kasih atas sumbangan foto ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...