Bank
Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan
pengeluaran mata wang siri baharu ini. Salah satu daripadanya ialah:







Reka Bentuk Wang Kertas
Banknotes Design
The Reverse Side of the Banknote
The reverse side of each banknote features different elements of nature, tradition, culture, flora, fauna and the economy that are distinctively Malaysian. The new banknotes also retain the Bank Negara Malaysia logo, serial numbers, Jawi wordings and songket weave patterns on the reverse side of the banknotes.
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut. Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu. Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang kertas RM20
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu. Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya. Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.
As ambassadors of the rich and colourful marine life found in our
tropical waters, two of the most well-known species of sea turtles endemic to
Malaysian waters are on the new RM20 banknote - the Hawksbill Turtle (Eretmochelys
imbricata) and Leatherback Turtle (Dermochelys coriacea). The Hawksbill is easily identified by its curved beak and scaly shell
while the Leatherback has a leathery skin and seven ridges on its shell. These gentle turtles are a reminder that their existence rests in the
delicate balance of human activity and marine life conservation.
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.
Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50
dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set
ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.
A collection of six banknotes (RM1, RM5, RM10,
RM20, RM50 and RM100 denominations) - 50,000 sets priced at RM300.00 each. For
each set of this collection, all the banknote denominations will carry the same
serial number.
Bank Negara Malaysia melancarkan mata wang siri
baharu Malaysia pada 21 Disember 2011. Mata wang siri baharu ini dilancarkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata
wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dengan reka bentuk yang
baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10,
RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang
kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran.
Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
Wang kertas siri baharu Malaysia ini mendapat
inspirasi daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam
semula jadi, budaya dan khazanah negara. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri
wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf
tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.
Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi
ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan sejajar dengan kemajuan terkini
dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini
termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan
piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta
mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang
ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan
untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan
membezakan denominasi yang berlainan.
Reka Bentuk Wang Kertas
Bahagian Hadapan Wang Kertas
Semua denominasi wang kertas
siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu
bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan
penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara
Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak
tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang
kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia.
Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang
kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.
Bahagian Belakang Wang Kertas
Bahagian belakang setiap wang
kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan
ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan
logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket
pada bahagian belakang wang kertas.
Banknotes Design
The
Obverse Side of the Banknote
All banknote denominations in the new
series retain the portrait of the first Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, the national flower Rosa-sinensis
hibiscus (known locally as the 'Bunga Raya'), the face value of the banknote,
the words 'Bank Negara Malaysia' as the issuing authority of the banknotes and
patterns of traditional woven fabric the 'songket' which are in the background
and edges of the banknote to reflect traditional Malaysian textile handicraft
and embroidery. Other features include the tactile identification for the
visual impaired, watermark portrait with pixel and highlighted numerals.
The Reverse Side of the Banknote
The reverse side of each banknote features different elements of nature, tradition, culture, flora, fauna and the economy that are distinctively Malaysian. The new banknotes also retain the Bank Negara Malaysia logo, serial numbers, Jawi wordings and songket weave patterns on the reverse side of the banknotes.
Wang polimer RM1
Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut. Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu. Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.
RM1 polymer banknote
Traditional Sport
Kite-flying is a popular traditional sport in Malaysia especially in
Kelantan and Terengganu. Kite-flying is also traditionally a celebration of a
good harvest which brings together the local communities in these states. Amongst the best-known and most iconic Malaysian kites is the 'Wau
Bulan' or Moon Kite which is featured on the new RM1. The Wau Bulan, which is hand crafted from bamboo and paper, is also a
popular decorative item that adorns the walls of Malaysian homes.
Wang polimer RM5
Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu
spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan
pada wang kertas polimer RM5 baharu. Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh
ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan
peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut
dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'. Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi
masyarakat asli Sarawak.
RM5 polymer banknote
Widlife
Featured on the new RM5 polymer banknote is the Rhinoceros Hornbill (Buceros
rhinoceros), one of the largest and most magnificent hornbill species in
the world. Found in low densities throughout various rainforests in the country,
this beautiful, broad-winged and long-tailed forest bird plays an important
role in the customs and traditional ceremonies in Sarawak which is known as
'Bumi Kenyalang' or 'Land of Hornbills'. Hornbill is also seen as a symbol of strength and courage by the native
communities of Sarawak.
Wang kertas RM10
Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
RM10 banknote
Flora
Malaysia's lush tropical jungle, which is one of the world's oldest
living rainforest, is home to a spectacular variety of flowering plants. Most
iconic amongst them is the Rafflesia, the world's largest flower. The Rafflesia Azlanii species featured on the new RM10 banknote
is indigenous to Peninsular Malaysia and was first discovered in the Royal
Belum Forest Reserve of the state of Perak in 2003. To commemorate its discovery, this majestic flower was named after the
Sultan of Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff
Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang kertas RM20
Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu. Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya. Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.
RM20 banknote
Marine Life
Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.
RM50 banknote
Agriculture and Technology
Oil palm and biotechnology are featured on the RM50 banknote as
Malaysia's thriving economy icons. Oil palm has become the country's most
valuable agricultural crop as Malaysia is one of the largest producer and
exporter of palm oil in the world. Biotechnology continues to drive this commodity up the value chain,
supporting the nation's economic transformation towards higher value-added
activities in the agriculture, manufacturing and services sectors of the
economy. Crude palm oil is also used as the underlying commodity to facilitate
Islamic financing.
Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan
sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di
Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di
Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah
Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang
memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.
RM100 banknote
Natural Wonders
The magnificent beauty of Malaysia's two prominent natural wonders,
declared 'World Heritage Sites' by the United Nations Educational, Scientific
and Cultural Organization (UNESCO) are portrayed on the RM100 banknote. These are the Kinabalu Park in Sabah, home to the majestic Mount
Kinabalu (the highest mountain in Southeast Asia) and the spectacular limestone
pinnacle rock formations of Gunung Api valley, found within the Mulu National
Park in Sarawak. Together, they represent the many natural wonders of Malaysia that
provides visitors a unique experience.












ada yang nk jual x..
ReplyDeletetak der, sekadar simpanan peribadi
Deletemane nak beli?
ReplyDeleteboleh cari di Mudah atau Ebay atau dalam Facebook
Deletekalau area KL, setiap Ahad cuba ke Amcorp Mall PJ tingkat bawah sekali ada flea market, banyak yang menjual