Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Monday, October 20, 2014

ENAM Jenis Variasi Syiling / Medallion Peringatan Sempena "1st Petronas Malaysian Formula One Grand Prix" (1999)

 
 



 
 


 

 

 
Nikmati dahulu gambar-gambar koleksi di atas, merupakan koleksi peribadi salah seorang sahabat saya, Stewart Tan Say Liew yang sudi memberikan keizinan untuk dikongsikan foto-foto koleksi milik beliau dalam blog ini dengan tujuan mempromosikan hobi ini disamping penyebarluas maklumat. TERIMA KASIH tidak terhingga atas keizinan yang diberikan.
 
Bercerita tentang koleksi syiling / medallion peringatan sempena acara Petronas Malaysian Formula One pada tahun 1999 memang agak meletihkan dan memenatkan. Ada begitu banyak variasi dan kesukaran mendapatkan maklumat menjadi faktor utama yang menyebabkan pengetahuan tentang koleksi ini agak terbatas. Tambahan pula ketika koleksi ini mula dijual, belum lagi menjadi seorang pengumpul, jadi segala maklumat hanya melalui pembacaan dan lisan.
 
Tambahan pula syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan isu ini kini tidak lagi menerbitkan syiling / medallion peringatan. Maklumat di dalam buku katelog pun sekadar menunjukkan rupa duit tanpa rupa kotak asal. Jadi senarai yang saya akan paparkan sekadar apa yang pernah saya lihat dan ketahui, bukan maklumat secara rasmi.
 
1) Syiling Tembaga Bernilai Muka RM15
 
 

Spesifakasi Ringkas
Diameter: 33.4 mm
Berat: 16.8 gm
Tempaan Dibenarkan: 8000

Duit syiling peringatan di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia melalui Bousted Mint Sdn. Bhd. sempena perlumbaan Grand Prix F1 pertama kalinya diadakan di Malaysia pada 15 hingga 17 Oktober 2009.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan litar antarabangsa Sepang dan peta Malaysia dibahagian bawah litar tersebut.
 
Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan nilai muka syiling ini.

2) Medallion
 
Maklumat dan foto saya paparkan diperoleh dari blog http://dniewcollectors.blogspot.my/ milik saudara Dickson yang dipaparkan untuk acara lelongan MNS AuctionNo. 154 (23/12/2012)



3) Syiling Tembaga Bernilai Muka RM15 - Dalam Kotak Khas


4) Syiling Perak Bernilai Muka RM25 tempaan peruf (SILVER PROOF COIN) - Dalam Kotak Khas


5) Medallion Tembaga - Dalam Kotak Khas
 
 

 

Ukiran pada medallion ini menggabungkan ukiran duit syiling peringatan sempena F1 yang bernilai muka RM15 dan RM 25.


Bahagian hadapan medallion ini menggambarkan betuk bumbung kanopi litar Sepang, sama seperti ukiran pada syiling bernilai muka RM25. Bahagian belakang pula menggambarkan trek litar sepang dari pemandangan udara dan peta Malaysia, sama seperti ukiran pada syiling bernilai muka RM15.

6) Medallion Perak tempaan peruf (SILVER PROOF MEDALLION) - Dalam Kotak Khas
 



Kalau betul gambar yang dipaparkan merupakan kotak original daripada pengeluar, maka untuk membezakannya adalah:

3) RM15 - baldu didalam bewarna BIRU PEKAT
4) RM25 - keseluruhan kotak baldu didalam berwarna MERAH
5) Medallion Tembaga - baldu didalam bewarna KELABU
6) Medallion Perak Peruf - baldu didalam bewarna HITAM
 
***************************************
Update pada Julai 2017 - Selepas 10 tahun terlibat dalam hobi ini, barulah saya dapat memiliki sendiri sekeping syiling perak peruf F1... kepuasan yang teralu tinggi dirasakan kerana pernah sampai tahu tahap saya menganggap bahawa syiling ini tidak mungkin terjangkau untuk dimiliki kerana harganya yang diluar kemampuan. Mujurlah kejatuhan harga numismatik sejak setahun dua ini turut sama tempiasnya dirasakan dalam aliran syiling peringatan.
 
Dan syiling ini dipamerkan dalam sebuah kedai numismatik, dan kebetulan ketika itu saya datang  ke kedai tersebut untuk tujuan lain. Melihatkan syiling ini diperagakan terus rasa jatuh cinta dan ingin memilikinya. Tiga empat hari setelah berfikir itu dan ini, datang semula ke kedai tersebut dan terus membelinya...
Alhamdulillah.
 
 








Monday, August 4, 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) (2006)




 
***************************************************






Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 13 November 2006. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Perdana Menteri. Perkataan "CEMERLANG GEMILANG TERBILANG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan denominasi duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan gambaran empat elemen utama yang memakai simbol peta dunia, atom, double helix (DNA) dan daun-daun diolah yang mewakili lima teras utama RMKe-9. Simbol peta dunia mewakili persekitaran ekonomi global dan kesediaan negara menghadapi cabaran. Simbol atom dan double helix (DNA) pula mewakili bidang sains, teknologi dan inovasi yang membolehkan negara menjana sumber kekayaan baru melalui teknologi dan sektor intensif pengetahuan seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan bioteknologi. Daun-daun yang diolah pula mewakili sektor pertanian yang digiatkan semula dengan tumpuan pada pertanian secara moden dan komersial dalam skala besar, aplikasi teknologi moden yang lebih meluas, produk nilai tambah yang lebih banyak, pemanfaatan potensi bioteknologi, dan pengukuhan rangkaian pemasaran dan global. Perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN" dan tempoh rancangan "2006-2010" tertera pada bahagian atas duit syiling.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***************************************************






Set 2 dalam 1 (Set of Two) ini  turut mengandungi syiling emas nordic (nordic gold) tempaan pruf dengan nilai muka RM1. Sebanyak 300 set ditempa. Dikeluarkan pada 13 November 2006. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
***************************************************
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.

Tuesday, July 1, 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-40 (2014)

 
PUKUL 1  PAGI SASANA KIJANG - 12.20 TENGAH HARI BARU SAMPAI GILIRAN DI KAUNTER UNTUK MEMBELI, JADI TAK LAH LAMA SANGAT, DALAM 11 JAM AJERRRRR!!!!!! TERPACAK KAT LOKASI JUALAN.
 
RASANYA MASING-MASING YANG MEMBELI SYILING INI TERUTAMANYA DARI SASANA KIJANG ADA PENGALAMAN NGERI LAGI MENYERAMKAN. OLEH KERANA BLOG INI TAK AKAN ULAS SITUASI PERJUANGAN HIDUP MATI PARA PENGUMPUL PADA TARIKH 27 JUN 2014 UNTUK MEMILIKI SYILING INI, ANDA BOLEH MEBACA LUAHAN PANJANG LEBAR DARIPADA SAHABAT-SAHABAT LAIN DI :-
 
 


TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BANK NEGARA MALAYSIA, KERANA MENYEDIAKAN LAYANAN "KELAS PERTAMA" UNTUK PARA PELANGGAN. LAYANAN YANG DIBERIKAN TERSANGAT ISTIMEWA SEHINGGAKAN RATUSAN AGENSI KERAJAAN YANG ADA DI TANAH AIR INI BELUM MAMPU UNTUK MEMBERIKAN "LAYANAN" SEBEGITU RUPA KEPADA PELANGGANNYA SEBAGAIMANA YANG BNM TUNJUKKAN. KAMI BUKAN PENGEMIS UNTUK MENERIMA LAYANAN SEPERTI INI.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG TUNJUKKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK... MATA PELAJARAN SIVIK, MORAL DAN PENGAJIAN AGAMA YANG DIPELAJARI ZAMAN SEKOLAH DAHULU DITUNJUKKAN SATU PERSATU KEBERKESANANNYA... SUNGGUH KAGUM DAN MENYAYAT HATI MELIHAT KELAKUAN SESETENGAH DARIPADA ANDA... TAHINIAH!!!!!!

MEMANG SIAL MEREKA YANG DATANG LEWAT LEPASTU REMPUH MASUK DAN BERATUR DI HADAPAN DENGAN MUKA YANG TAK BERSALAH.
 
!!!!! KECEWA !!!!








***********************************************
 



 
 
Duit syiling pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 2000 keping ditempa untuk set single. Sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa penempaan syiling berwarna ini dilakukan oleh Singapore Mint.
 
Duit syiling peringatan ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada TYT Li Keqiang, Perdana Menteri China sebagai tanda hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selama lebih daripada empat dekad dan akan terus diperkukuh pada masa akan datang. Acara penyampaian syiling peringatan ini berlangsung pada 31 Mei 2014 di Great Hall of The People, Beijing, China. Duit syiling ini akan mula dijual pada 27 Jun 2014.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej Menara Berkembar Petronas dan Tembok Besar Negara China sebagai ikon bagi Malaysia dan China, manakala bendera kedua-dua negara (berwarna) dipaparkan pada bahagian bawah ikon masing-masing. Perkataan “MALAYSIA-CHINA DIPLOMATIC RELATIONS” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1974-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-40 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan perkataan “40th Anniversary” tertera pada bahagian tengah berlatarkan langit Malaysia dan China yang masing-masing dipaparkan pada bahagian kiri dan kanan duit syiling.
 
Latar langit Malaysia terdiri daripada Muzium Negara, Menara Telekom Malaysia, Menara Kuala Lumpur, Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, Menara Tabung Haji, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.
 
Latar langit China pula terdiri daripada Oriental Pearl Tower, China International Trust Investment Plaza, Tembok Besar Negara China, Beijing National Stadium, China Central Television Headquarters, Shanghai World Financial Centre, Jin Mao Tower, Forbidden City, Yonghe Temple dan Temple of Heaven.
 
Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


***********************************************






 
Bank Negara Malaysia is issuing commemorative coins in conjunction with the 40th Anniversary of Malaysia-China Diplomatic Relations. The commemorative coins were presented by Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia to H.E. Li Keqiang, Chinese Premier to signify the diplomatic relationship between the two countries over the four decades and will continue to strengthen in the coming years. This event was held on 31 May 2014 at the Great Hall of the People in Beijing. These commemorative coins are issued by Bank Negara Malaysia and will be available for sale from 27 June 2014.
 
Only 750 set for set of 2.
 
Coin Design
The design descriptive of the commemorative coins is as follows:
 
Obverse
The centre of the coin shows the Petronas Twin Towers and the Great Wall of China as the iconic features of Malaysia and China, while the flags of both countries (in colour for the coloured silver version) are featured below these icons. The words “MALAYSIA-CHINA DIPLOMATIC RELATIONS” are on the upper circumference and the years 1974 – 2014 denoting 40 years of anniversary are inscribed on the lower circumference of the coin.
 
Reverse
The words 40th Anniversary are inscribed in the centre of the coin with the skylines of Malaysia and China on the left and right sides respectively. The skyline of Malaysia features National Museum, Telekom Tower, Kuala Lumpur Tower, Putrajaya Prime Minister’s Office, Petronas Twin Towers, Tabung Haji Tower, Sultan Abdul Samad Building and Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque, Shah Alam. The skyline of China features Oriental Pearl Tower, China International Trust Investment Plaza, Great Wall of China, Beijing National Stadium, China Central Television Headquarters, Shanghai World Financial Centre, Jin Mao Tower, Forbidden City, Yonghe Temple and Temple of Heaven. The words “BANK NEGARA MALAYSIA” as the issuing authority of the commemorative coin are featured on the upper circumference of the coin, while the face value of the coin is inscribed on the lower circumference.
 
***********************************************
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 750 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...