Rabu, 26 Disember 2012

Storage My Malaysia Copper Nickel Coin Collection






Sekarang, timbul perasaan seronok sebagai pengumpul syiling bila perkakas untuk menyimpan koleksi syiling datang dalam pelbagai bentuk rekaan. Selama ini, telan air liur bila hanya mampu melihat pengumpul orang putih menggayakan koleksi mereka, kini dah ada di tanah air sendiri, dan peluang seperti ini tidak harus dilepaskan. Untuk menyimpan koleksi syiling peringatan zaman hujung tahun 1969 hingga zaman 1980-an, aku menggunakan kotak (box) seperti gambar.

Syiling yang kesemuanya sama saiz iaitu 33.34 mm dimuatkan dalam air tite with black ring, bila ada ring sebagai bingkai (frame), sememangnya aura syiling itu timbul dengan sendirinya. Box ini pula seperti dalam gambar kedua dan ketiga itu, memang sudah termuat 20 petak untuk menyusun air tite tersebut.

Bila dah susun, memang nampak kemas dan eklusif, nak dijadikan hadiah, nak dijadikan hantaran perkahwinan pun nampak unik, nak dipamerkan dalam display cabinet pun boleh. Sayang, cuma gambar yang diambil tak berapa cun, kalau lah guna DSLR tentu gambarnya lagi menarik.

Bercerita tentang display cabinet, memang niat dah lama terpendam nak muatkan koleksi didalamnya, tapi niat tinggal niat, masih berkira-kira tentang buruk baiknya, dah juga berbincang dengan tokey kedai tenang design sendiri saiz dan rupa, tapi tak juga buat-buat, Buat masa ini pendamkan dulu niat tu, sambil berkira-kira untuk mencari perkakas lain untuk storage koleksi syiling lain, dah puas hati dengan storage baru boleh berkira-kira nak buat cabinet.

Senarai Duit Syiling Peringatan dan Syiling Edaran dalam Box Diatas
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-10 Bank Negara (1969)
Duit Syiling Peringatan Sempena Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur (1973)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-25 KWSP (1976)
Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia ke-3 (RMK-3) (1976)
Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA ke-9 (1977)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-20 Kemerdekaan (1977)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-20 Bank Negara (1979)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-100 Getah Asli (1979)
Duit Syiling Peringatan Sempena Kurun ke-15 Hijrah (1980)
Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia ke-4 (RMK-4) (1981)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-25 Kemerdekaan (1982)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-35 Persidangan PATA (1986)
Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5) (1986)
Duit Syiling Edaran 1971, 1980, 1981, 1982, 1984, 1985, & 1986


Rabu, 12 September 2012

Menyimpan Koleksi Syiling Peruf / Storage My Proof Coin

Tulisan ini terhasil apabila ramai sahabat-sahabat seangkatan yang menanyakan bagaimana untuk menyimpan koleksi syiling peringatan terutamanya koleksi syiling silver. Kadangkala penat juga untuk menerangkan satu-persatu, dah lah cara yang saya gunakan agak berlainan daripada orang lain, nak terangkan satu-persatu tentu melecehkan. Jadi saya huraikan sahaja disini lengkap dengan gambar agar boleh dijadikan rujukan dan panduan, bukan semestinya perlu dipatuhi.

Saya seringkali menjawab bahawasanya untuk koleksi proof, terdapat 3 pecahan utama iaitu syiling itu sendiri, box atau kotak syiling, dan sijil perakuan/cert. Dan ketiga-tiga ini saya simpan secara berasingan.

Untuk sijil perakuan / cert, saya masukkan ke dalam plastik yang digunakan sama untuk menyimpan banknote ataupun setem lembaran mini. Cert ini kalau tak dijaga dengan betul, boleh "kuning", lebam, kotor. Kalau rujuk dalam gambar yang saya ambil, terdapat sesetengah cert yang kelihatan agak cerah, ada yang kelihatan agak tebal kuningnya. Sebenarnya, memang warna asal cert tersebut sebegitu rupa.

Untuk kotak/box syiling, sekurang-kurangnya setahun sekali saya gunakan berus gigi untuk membersihkan habuk-habuk kecil yang melekat terutamanya pada bahagian dalam kotak tersebut. Bahagian luar kotak juga perlu diberus.


Setelah selesai urusan membersihkan kotak/box tersebut, box tersebut saya bungkus dengan plastik seperti gambar dibawah, Ada bermacam-macam jenis plastik, tapi saya lebih selesa gunakan plastik jenis ini disebabkan plastik jenis ini mudah dikeronyot. Saiznya besar sedikit daripada plastik untuk menyimpan First Day Cover.
  Gambaran beberapa buah kotak/box yang sudah dibungkus.

Untuk menyimpan kotak-kotak ini pula, sayaku gunakan bekas seperti gambar dibawah. Tak pastilah diperbuat daripada material apa. Bekas ini saya beli di IKEA. Jika kena cara susunannya, sebuah bekas seperti ini boleh memuatkan 15 buah kotak syiling.

Gambaran bekas apabila sudah ditutup.

Untuk menyimpan syiling, saya menggunakan coin tube seperti gambar dibawah. Ada pelbagai jenis coin tube dan pelbagai jenis saiz. Agak sukar untuk membeli coin tube yang sepadan dengan saiz syiling peringatan Malaysia, akhirnya jumpa juga dalam ebay. Boleh dikatakan hampir 90% syiling perak (silver proof) keluaran BNM mulai tahun 1999 keatas mempunyai ukuran diameter 35.7 mm dan apabila dimuatkan dalam coin capsule /coin airtite, saiz diameternya menjadi 41mm. Maka saya gunakan Coin Tube saiz 41mm untuk memuatkan syiling ini. Coin tube yang saya gunakan ini asalnya untuk menyimpan American Silver Eagle kerana saiz American Silver Eagle ialah 41mm. Bagusnya coin tube yang saya gunakan ini ialah setiap coin tube boleh memuatkan cantik ngam-ngam 10 keping syiling. Jangan sesekali gunakan coin tube yang lebih besar kerana airtite akan berlaga seterusnya mencalarkan artite. Jika gunakan saiz yang sepadan seperti ini, maka airtite tidak akan sesekali berlaga.

Gambaran coin tube yang ditutup. Antara kelebihan bila menggunakan coin tube ini ialah jika simpan dirumah, mudah disorokkan dan jika menggunakan khidmat safety box, tidak memerlukan penyewaan ruang yang besar. Coin tube yang telah tertutup ini lebih bagus jika di selefon tape untuk menghalang habuk-habuk kecil, debu, daripada memasuki tube. Syiling peringatan dikeluarkan sebagai barangan koleksi dan kalau dah nama koleksi, harus disimpan, bukan dipegang, dibelek sana sini, bukan untuk dibawa tidur dan sebagainya ... .

Rujuk kembali gambar bekas yang digunakan untuk menyimpan kotak/box syiling. WAJIB untuk dibubuh silica gel ini untuk menyerap kelembapan. Tak tahu mana ada dijual benda ini sebab saya dapat free melalui kotak kasut. Sering juga saya pesan pada rakan-rakan perempuan (perempuan kan suka beli kasut) kalau mereka beli kasut, jangan dibuang benda ini. Untuk setiap kotak, selalunya saya bubuh 5-6 paket.

Di kawasan anda menyimpan koleksi, tidak kiralah apa koleksi sekalipun, jangan sesekali dilupakan produk anti kelembapan ini. Selalunya sebekas produk ini tahan lebih kurang sebulan, tak kan beli barangan sampai empat lima angka boleh, tapi nak beli benda yang tak sampai RM10 ini nak berkira.

Cara yang saya gunakan nampak susah, tapi inilah cara terbaik akhirnya setelah macam-macam eksperimen yang buat setelah belajar melalui pengalaman sendiri selain bertanya pada otai-otai lain. Cara yang saya gunakan ini sesuai jika mahu menyimpan koleksi untuk satu tempoh yang lama. Jika menyimpan koleksi syiling peringatan sebulan dua sebelum mahu dijual, cara ini agak tidak bersesuaian dan berbaloi.

Rabu, 4 Julai 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri & Pengakap Puteri Sedunia (2012)

Buat pertama kalinya, dalam sejarah pengeluaran syiling peringatan di Malaysia semenjak tahun 1969, tiada tertera tahun terbitan pada syiling ini, sesuatu yang amat menyedihkan dan memalukan !!!


 
 


 
***************************************************** 
 







 
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 600 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 29 Mei 2012. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bertempat di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan Ulang Tahun Ke-100 pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bahagian tengah duit syiling sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya.


*****************************************************
 







Bank Negara Malaysia is issuing commemorative coins in conjunction with The 100th Anniversary of World Association of Girl Guides and Girl Scouts. The commemorative coins were launched by Her Majesty The Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah on 29 May 2012 in Ipoh, Perak.
 
Only 500 sets for set of 2

Coin Design
The design description of the commemorative coins is as follows:

Obverse
The logo of the Association is in the centre of the coin with the words “Ulang Tahun Ke-100” to mark the centenary celebrations of the international Girl Guides and Girl Scouts movement which is held over a period of three years, from 2010 - 2012 inscribed on the upper circumference. The lower circumference is inscribed with the words “Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia”.

Reverse
The centre of the coin depicts the logo of “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” to reflect the Malaysian chapter of the Association. The words “Bank Negara Malaysia” as the issuing authority of the commemorative coin is featured on the upper circumference of the coin, while the face value of the coin is inscribed at the lower circumference

*****************************************************
 


* Tiada pengeluaran syiling emas untuk isu ini.

Selasa, 3 Julai 2012

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV (2012)

Tidak pernah berlaku dalam sejarah hidup, datang ke Bank Negara Malaysia pukul 6.20 pagi semata-mata untuk membeli syiling peringatan, selalunya paling awal sampai pun dalam 7.30 pagi, tetapi untuk isu Pertabalan Agong XIV ini, membuatkan rasa terkejut kerana sudah beratus-ratus orang beratur di hadapanketika  sampai dalam pukul 6.20 pagi, memang dapat diagak yang bilangan orang yang ingin memilikinya akan ramai, lebih-lebih lagi apabila diberitakan di cawangan utara ada puluhan orang yang sudah beratur sejak pukul 9-10 malam hari sebelumnya, tetapi tak sangka langsung yang bilangan orang beratur di KL terlalu ramai, lebih ramai berbanding dengan beratur semasa membeli folder wang kertas pada Disember 2011. Namun, bersyukur jugalah kerana dapat juga memiliki apa yang dihajati, bila baca tulisan di FB, ada sahabat yang beratur sejak pukul 10 malam di cawangan Penang sekadar dapat single silver sahaja. Daulat Tuanku.
 


 
 
  


 *****************************************************







 
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 600 keping sahaja ditempa untuk set single. Duit syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan duit syiling peringatan ini telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2012. Mula dijual pada 28 Jun 2012.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Nama penuh Seri Paduka Baginda tertera pada bahagian lilitan duit syiling.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan Istana Negara yang baharu dan lambang kebesaran diraja pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nama Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dan nilai muka duit syiling ini dipaparkan pada bahagian bawahnya.
 
*****************************************************




Bank Negara Malaysia is issuing three types of commemorative coins in conjunction with the Installation of His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah. The commemorative coins were presented to His Majesty on 22 Jun 2012 at Istana Negara, Kuala Lumpur.

Only 500 set for set of 2

Coin Design
The design description of the commemorative coins is as follows:

Obverse
The portrait of His Majesty The Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah who was installed as the 14th Yang di-Pertuan Agong is featured in the centre of the coin. His Majesty's full name is inscribed along the circumference of the coin.

Reverse
The centre of the coin depicts the image of the new Istana Negara and the royal insignia. The words "Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV" appears on the upper circumference of the coin, whilst the name "Bank Negara Malaysia" as the issuing authority of the commemorative coin and the face value are featured on the lower circumference of the coin.

*****************************************************
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...