Rabu, 9 Jun 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Piala Thomas/Uber 2000 (2000)

 


 
***************************************************



Sempena Kejohanan Piala Thomas/Uber tahun 2000 yang dilangsungkan pada 11 hingga 21 Mei 2000 di Kuala Lumpur, Bank Negara Malaysia melalui Mariwasa Kraf tangan Sdn. Bhd. telah mengeluarkan duit syiling ini pada 2 Mei 2000. Syiling perak ini merupakan syiling peringatan pertama yang ditempa oleh Mariwasa sebelum bertukar nama kepada Royal Mint Malaysia. (bacaan lanjut pada bahagian bawah posting ini)

Duit syiling perak tempaan peruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan beratnya ialah 25 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10.Sebanyak "20000" keping ditempa.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambar Piala Thomas dengan berlatarbelakangkan bulu tangkis. Perkataan Kuala Lumpur 2000 tertera pada bahagian atas manakala perkataan PIALA THOMAS/UBER tertera pada sebelah bawah.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nilai muka duit syiling ini dan gabungan lama dan moden bangunan di Kuala Lumpur seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara KL.

 
Duit syiling ini didatangkan dengan bekas khas yang diperbuat daripada pewter (pewter casing) berbentuk bulat yang berdiameter 85mm. Pada sebelah atas bekas ini, terdapat ukiran BUNGA KELOMPANG yang mengelilingi bekas tersebut, manakala di tengah-tengahnya terdapat gambaran Piala Thomas. Motif bunga kelompang diambil berdasarkan ukiran kayu yang popular di rumah-rumah tradisional masyarakat Melayu di negeri Perak.
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
*************************************************** 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8888 keping sahaja.
 
Walaupun jumlah tempaan yang dibenarkan agak tinggi iaitu hampir 20 ribu keping untuk syiling perak dan 8 ribu  keping untuk syiling emas, jumlah sebenarnya jauh lebih sedikit. Walaupun tiada data rasmi mengenai jumlah sebenar, ramai pengumpul syiling peringatan percaya kuantitinya sedikit disebakan kesukaran untuk memilikinya. Tambahan lagi harga pasaran untuk syiling ini agak tinggi.
 
* Bacaan tambahan mengenai Royal Mint Malaysia, klik pada link web sahabat saya yang ada menghuraikan panjang lebar mengenainya
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...