Isnin, 28 Disember 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-25 KWSP (1976)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.4mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 500000
 
Duit syiling ini dikeluarkan pada 18 Oktober 1976 sempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
 
Bahagian hadapan memaparkan imej masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan latar pekerjaan dan logo KWSP yang membawa maksud bahawa liputan perkhidmatan KWSP meliputi semua pekerja.

***************************************************************

Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42.1 mm
Berat: 34.01 gm
Tempaan Dibenarkan: 100000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 18 Oktober 1976.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan logo KWSP dan peta Malaysia.Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan nilai muka syiling ini.

***************************************************************

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
 
Sempena ulang tahun ke-25 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $25 pada 18 Oktober 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7796 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan logo KWSP dan peta Malaysia.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini

Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 ***************************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling copper nickel tempaan peruf bernilai muka $1. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7810 keeping. ( Rujuk foto syiling yang telah digredkan oleh NGC diatas)

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 3000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7706 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel  bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $250. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 1000 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...