Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Thursday, December 22, 2016

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ke-50 (2016)



Sumber: Utusan Online / BERNAMA





 
 
Sumber: Facebook Rasmi FELCRA Berhad
 
******************************************************************
 

 

Pecah rekod sejak syiling peringatan mula dikeluarkan pada tahun 1969, ini kali pertama jumlah isu yang terbitkan paling banyak iaitu lima isu dalam setahun. Sebelum ini rekod terbanyak pada tahun 1989 dan 2009 dengan empat isu. Harap bilangan isu ini diteruskan, malah kalau boleh ditingkatkan.
 
Ada yang tidak gemar kerana banyak isu, tapi bagi saya sebagai pengumpul tegar, ok sahaja lima isu, kalau boleh tujuh lapan isu dalam setahun lagi meriah. Abaikan sahaja kata-kata mereka yang tidak menyokong kerana tiada paksaan untuk membeli. Mungkin bila Kilang Matawang BNM sendiri sudah mula mencetak syiling peringatan berwarna, bilangan isu boleh bertambah.
 
Tidak perlu terikat dengan isu “commemorative” ulang tahun itu dan ini, BNM seharusnya mampu keluarkan syiling bertemakan selain isu-isu ulang tahun untuk menarik minat pembeli baru.
 
Untuk tahun 2017, BNM telah mengadakan pertandingan reka cipta syiling. Kali ini penyertaan mula dibuka kepada sesiapa sahaja (sebelum ini terikat dengan pelajar IPT/IPTA). Harapan saya agar pereka-pereka profesional yang bertahun-tahun punya pengalaman jika menyertai pertandingan ini mampu melakarkan corak rekaan yang membuatkan syiling itu jadi kegilaan ramai kerana keunikan lakarannya.
 

Niat di hati ingin hadir awal ke Sasana Kijang. Tetapi disebabkan baru sahaja sembuh daripada demam, tak berapa nak berani berembun. Sekitar jam 10 malam, saya menerima foto diatas daripada sahabat yang baru sampai ke Sasana. Menurutnya bilangan orang yang beratur sangat sedikit. Tidak seperti jualan sebelum ini yang menyaksikan ratusan manusia telah mengeremuni Sasana.
 
Kadangkala, ada bagusnya seperti tahun-tahun awal saya menjadi pengumpul, hari ini umum pelancaran, esoknya mula dijual. Sedikit sebanyak situasi ini menyebabkan mereka yang kebiasaannya menyediakan orang upahan mungkin tidak sempat menyediakan bala tentera untuk turut beratur. Ada juga yang mengeluh kerana tidak sempat mengambil cuti, menyediakan duit, dan pelbagai lagi alasan yang saya baca di laman sosial.
 
Untuk syiling peringatan FELCRA, desas desus mengenai syiling ini telah lama kedengaran, cuma ramai orang termasuk saya berasa bahawa syiling ini akan dilancarkan pada sambutan rasmi. Dan apabila mendapat berita tentang sambutan rasmi FELCRA akan diadakan pada 20 Disember, dapat diagak yang pasti syiling ini akan dilancarkan pada tarikh berkenaan, cuma tarikh jualan sahaja yang masih menjadi tanda tanya. Dan info tentang jualan syiling ini hanya dipaparkan dalam laman BNM pada sebelah petang 20 Disember, ketika orang ramai sedang sibuk di jalan raya.

 




Saya tiba di Sasana Kijang lebih kurang 6.30 pagi dan suasana persekitaran agak tenang. Lihat sahaja foto diatas, jika yang biasa beratur di sini akan tahu bagaimana bersusunnya kereta dan motor yang parkir di kiri kanan bahu jalan, bagaimana kelibat ratusan pembeli  berkeliaran. Suasana seperti itu tidak terjadi untuk isu ini.



Pukul 7 pagi, kami mula bersusun mengambil nombor giliran.
 



 

Seorang pembeli cuma boleh membeli 3 keping coin card sahaja.
 

Selepas mengambil no giliran, minum sahaja di kafe, balas dendam sebab jualan sebelumnya jatuh pada 1 Ramadan, masa tu tengok sahaja orang lain minum.


 
Suasana yang damai.
 

Auditorium yang disediakan untuk para pembeli "melepak" sementara menanti giliran juga sunyi, ada ditayangkan dokumentari yang memeparkan babak temuramah dengan pelukis mana entah, tak kenal.



 
Sebaliknya, ramai pembeli bertumpu ke Kedai Cenderemata Sasana Kijang, ada jualan penghabisan stok atau stok lama muncul kembali. Pelbagai coin card dibawah label Coin in Education yang sudah berumur lebih 10 tahun kembali dijual. Antaranya siri Marin yang menyaksikan ratusan coin card habis dibeli oleh pengumpul, ada yang siap penuh beg kerena membeli belah. Ada juga yang kata siri burung pun ada, tetapi tidak dijual kerana tiada label harga. Saya pula memang dari dulu lagi tak minat dengan Coin in Education, jadi sekeping pun tak beli. Sebelah malamnya, ada sahabat mula memuat naik status di FB menyatakan yang kebanyakan syiling yang dibeli sudah toning. Senyum sahaja melayankan kawan-kawan, duit masing-masing, hak masing-masing, kecewa masing-masing.

 

Seperti biasa, pukul 9 pagi, sesi jualan pun bermula dengan benda yang paling ditakuti oleh semua pembeli kecuali pembeli yang depan depan ialah adakah set single silver dapat dibeli???
 



Dan berita yang paling tak sanggup untuk dihadap terjadi dalam 9.40 pagi apabila item yang menjadi buruan telah habis. Paling menyayat hati apabila single silver yang dijual di Sasana Kijang tidak sampai 50 keping. PALING RENDAH untuk tahun ini. Sebelum-sebelum ini, cecah juga 80-100 keping, kali ini memang sedikit sangat.
 
Dengan pembeli pertama menggunakan no giliran 1026 manakala pembeli terakhir yang memperoleh set single pada giliran 1068, cuma 42 orang pembeli sahaja yang dapat. Itupun ada seorang pembeli dalam lingkungan 42 orang tu tidak membeli single silver, jadi tolak dia seorang, cuma 41 orang bersaamaan 41 set single silver sahaja yang dijual.
 
Adakala, saya rasa lebih baik hapuskan sahaja set single atau set of 2, pilih salah satu sahaja dan kekalkan angka jumlah tempaan sebanyak 2000 itu, pasti semua dapat beli, pasti tiada lagi peristiwa beratur 14-15 jam lepastu hampa, tiada lagi adegan potong barisan,  dan sebagainya. Aman sahaja seperti isu syiling ASEAN dan Masjid Negara pada tahun 2015.

Desas-desus yang kami peroleh dan mungkin juga ada benarnya berdasarkan apa yang terjadi, pihak FELCRA sendiri telah menempah 500 keping single silver, 10 ribu coin card, dan 350 set of 2 untuk pihak mereka. boleh rujuk http://www.malaysiancoin.com/2016/12/hari-jualan-syiling-peringatan-felcra.html
 
Dapatan menerusi laman sosial, apabila para pembeli yang membeli di cawangan-cawangan BNM yang lain seorang demi seorang menceritakan kisah mereka, ternyata bilangan single silver yang dijual sangat sedikit. Data yang diperoleh daripada sahabat-sahabat lain:
 
Sasana Kijang - 41 keping
Pulau Pinang - 14 keping
Johor Bahru - 12 keping
Kuala Terengganu - 6 keping
Kota Kinabalu - 6 keping
Kuching - 10 keping
 
Jumlah yang dijual kepada orang awam cuma 89 keping sahaja di seluruh Malaysia. Jika benarlah Felcra membeli sampai 500 keping, masih ada dalam 110++ keping lagi. Terima kasih kerana menaikkan jumlah tempaan, sekurang-kurangnya merasalah juga sebilangan orang memilikinya dan sebilangan orang senyum lebar sebab boleh jual dengan harga melebihi sekali ganda walaupun belum tentu ada pembeli hehehehe.

******************************************************************
 




******************************************************************
 








Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan [Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA)] yang ke-50. FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penyertaan yang lebih besar dalam ekonomi negara. Berlandaskan keupayaan dalam bidang pengurusan ladang dan pemulihan tanah, FELCRA telah mempelbagaikan bidang kegiatannya dengan menyertai sektor perindustrian, perkhidmatan dan bidang perniagaan lain. Duit syiling peringatan ini dilancarkan pada 20 Disember 2016 oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
 
Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 700 keping ditempa untuk set single. Syiling ini mula dijual pada 21 Disember 2016. Sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa penempaan syiling berwarna ini dilakukan oleh Singapore Mint.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej pokok kelapa sawit dan getah, di tengah-tengah landskap hijau yang melambangkan perniagaan perladangan teras FELCRA, berserta jalan raya yang menuju ke bangunan pencakar langit Kuala Lumpur sebagai latar belakang pada bahagian tengah duit syiling ini. Perkataan "SAMBUTAN JUBLI EMAS FELCRA" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun 1966-2016 tertera pada bahagian bawah duit syiling ini.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas FELCRA pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling ini.

******************************************************************







Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan [Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA)] yang ke-50. FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penyertaan yang lebih besar dalam ekonomi negara. Berlandaskan keupayaan dalam bidang pengurusan ladang dan pemulihan tanah, FELCRA telah mempelbagaikan bidang kegiatannya dengan menyertai sektor perindustrian, perkhidmatan dan bidang perniagaan lain. Duit syiling peringatan ini dilancarkan pada 20 Disember 2016 oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
 
Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Manakala duit syiling emas nordik pruf diperbuat daripada logam Cu89 Zn5 AI5 Sn1 seberat 8.5 gram bernilai muka RM1. Sebanyak 2000 set ditempa untuk set 2 dalam 1. Syiling ini mula dijual pada 21 Disember 2016. Sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa penempaan syiling berwarna ini dilakukan oleh Singapore Mint.
 
Reka bentuk sebelah hadapan untuk kedua-dua duit syiling ini memaparkan imej pokok kelapa sawit dan getah, di tengah-tengah landskap hijau yang melambangkan perniagaan perladangan teras FELCRA, berserta jalan raya yang menuju ke bangunan pencakar langit Kuala Lumpur sebagai latar belakang pada bahagian tengah duit syiling ini. Perkataan "SAMBUTAN JUBLI EMAS FELCRA" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun 1966-2016 tertera pada bahagian bawah duit syiling ini.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas FELCRA pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling ini.

******************************************************************
 
 ******************************************************************
 





Monday, July 18, 2016

Silver Proof Medallion: Asia School of Business (2016)

* Milik salah seorang sahabat yang saya kongsi untuk entri ini.
 
 -  Desas-desus mengatakan ini adalah tempaan pertama untuk syiling / medallion berwarna dari Kilang Wang di Shah Alam. Kiranya cubaan pertama menghasilkan produk berwarna. Walaupun tiada sumber yang rasmi, namun sememangnya desas-desus itu sahih.
 
- Sejak 2015 lagi, sudah kedengaran yang BNM mahu memiliki mesin berwarna. Dengan wujudnya medallion ini, kami golongan pengumpul mengharapkan agar BNM mampu mempelbagaikan isu tema untuk keluaran syiling peringatan mahupun medallion.

- Dengan harapan bahawa Gabenur baharu BNM yang dikatakan lebih mesra numismatik, moga isu tema selepas ini bukan bersifat ULANG TAHUN, sampai bila mahu keluar isu ULANG TAHUN, sudah sampai detiknya isu dan tema yang bersifat keindahan Malaysia harus ditonjolkan, sebab banyak negara lain sudah pun tonjolkan kehebatan negara melalui syiling. Keluar dalam bentuk medallion pun tak mengapa.
 
-  Untuk bukan pengumpul, koleksi ini walaupun sama sahaja seperti syiling, sama sahaja seperti syiling peringatan yang lain, namun ketiadaan NILAI MUKA membuatkan koleksi ini dipanggil medallion, walaupun 99% pembuatan dan reka bentuk nya sama sahaja seperti syiling. Jika syiling, koleksi ini akan punya nilai muka seperti RM1 atau RM10 atau sebagainya dah sah digunakan untuk urusan.
 
- Saiz untuk medallion ini adalah kecil berbanding dengan syiling peringatan keluaran BNM, iatu berdiameter 32 mm sahaja, besar sikit daripada saiz coin card yang 30 mm.
 
- Reka bentuk bahagian hadapan yang menggambarkan imej bangunan KLCC yang digarap sebegitu rupa menampakkan unsur kreatif dan moden. Jauh lebih menarik dari reka bentuk syiling peringatan berwarna yang sedia ada.
 
- Sebenarnya, imej KLCC tersebut sememangnya menjadi logo Asia School of Business, sebab itulah reka bentuk mendallion ini juga kelihatan kreatif hehehehehe.
 
- Jumlah tempaan tidak dinyatakan pada COA, tetapi ada yang mendakwa bilangannya cuma 500.

- Kotak kayu getah yang digunakan dengan baldu merah dengan stail kotak ekslusif seperti ini memang jadi kegemaran pengumpul, mengingatkan zaman royal mint.
 
 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...