Jumaat, 28 Ogos 2020

Duit Syiling Peringatan Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-50 (2020)



Sumber: 50UKM



 



Majlis Pelancaran duit syiling peringatan ini telah disempurnakan oleh Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar pada 21 Ogos 2020 di UKM.
 
Sumber: Facebook UKM
 
****************
 


Pada 27 Ogos 2020, Bank Negara Malaysia telah memuat naik hebahan mengenai pengeluaran duit syiling ini. Ringkasnya:

1. Terdapat 1000 keping duit syiling perak berwarna tempaan peruf
2. Terdapat 1000 keping duit syiling emas nordik tempaan peruf
3. Terdapat 25000 keping duit syiling emas nordik (coin card), daripada 25,000 keping ini, 10,000 keping akan didatangkan dalam bungkusan ekslusif yang dikeluarkan khas untuk pelajar dan alumni UKM.
4. Terdapat 1000 set dua dalam 1 (set two in one) yang mengandungi syiling perak berwarna tempaan peruf dan syiling emas nordik tempaan peruf.
5. Proses tempahan, pembayaran dan pengambilan hanya akan diumumkan oleh BNM pada 25 September 2020.

Kemas kini:
Pada 28 September 2020, BNM mengumumkan bahawa tempahan untuk syiling peringatan ini akan dibuka pada 12 Oktober 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga 30 Oktober 2020 jam 11.00 malam. Seperti biasa, jika tempahan melebihi kuantiti pengeluaran, maka undian akan dilaksanakan untuk menentukan bakal pembeli yang berjaya memiliki syiling ini.

Kemas kini 12/10/2020:
Pada 12 Oktober 2020, BNM mula membuka tempahan secara dalam talian untuk kedua-dua syiling peringatan, bayaran juga secara dalam talian, dan buat pertama kali, tiada lagi pengambilan secara bersemuka, semua syiling yang dibeli akan dihantar menerusi Pos Laju, mungkin juga disebabkan Pandemik Covid-19, dalam FAQ kaedah pembelian, BNM menyatakan bahawa kaedah ini lebih baik, lebih mudah, cepat.




Sekadar contoh, jika membeli kesemua set yang dijual, maka itulah harga yang perlu dibayar. Dalam kalangan pengumpul termasuklah saya tertanya-tanya MENGAPA KOS PENGHANTARAN TERLALU MAHAL??? HANYA BNM YANG ADA JAWAPAN.

Memang terasa sangat dengan kos penghantaran ini, saya nie dari tingkap pejabat boleh nampak tingkap BNM tu, lainlah kalau duduk kat puncak gunung, beli barang online pun kalau hantar kat puncak gunung sekalipun tak semahal ini.

Seperti biasa sebelum ini, undian akan dijalankan jika penempahan melebihi penawaran, yang gagal akan dipulangkan kembali wang, yang berjaya, tunggu sahajalah syiling anda sampai ke alamat penghantaran, dan kesemua keputusan ini akan diumumkan pada 12 November 2020.

*Penulisan ini akan bersambung setelah mendapat maklumat terkini daripada BNM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...