Jumaat, 25 April 2014

Malaysia Silver Coin in Coin Slab Holders

Kembali ke sesi perbincangan mengenai aksesori. Kali ini ingin dikongsi bicara mengenai COIN SLAB HOLDERS. Coin Slab ini umumnya pula terbahagi kepada dua cabang utama iaitu Coin Slab yang diperoleh melalui kaedah penggredan syiling dan kaedah memperoleh coin slabs kosong.

Mukadimahnya, semasa tulisan ini dihasilkan, dunia numismatik tanah air kini dilanda “demam” penggredan numismatik, sama ada penggredan syiling atau penggredan duit kertas, sama sahaja “demamnya”. Penggredan ini pula dijalankan oleh pihak ketiga yang diiktiraf seperti Numismatic Guaranty Corporation (NGC) atau Profesional Coin Grading Service (PCGS) untuk koleksi syiling. Saya tidak mahu mengulas panjang fasal hal ehwal penggredan ini, baik-buruknya, kaedahnya risikonya cabarannya, perasaan mendapat keputusan gred dan sebagainya, cuma ingin memaklumkan bahawa syiling-syiling yang telah menjalani proses penggredan ini akan dibubuh dalam COIN SLABS.


Pembuat aksesori (luar negara) yang sememangnya inovatif dan tahu apa yang penggemar-penggemar syiling mahukan telah membuat COIN SLAB mereka (sama ada berkualiti atau tidak, itu hal lain), dan kebanyakan (boleh dikatakan 99.9%) coin slab yang dihasilkan sama saiznya dengan coin slab untuk syiling bergred. Hal inilah yang akan saya kongsi apa yang dimiliki.

Pada pendapat saya, bagusnya COIN SLAB ini ialah duit syiling mempunyai pelbagai saiz diameter, jika disimpan secara kaedah tradisional seperti penggunaan coin holder atau coin capsule, maka pelbagai saiz diperlukan. Jika menggunakan COIN SLAB, apa juga saiz syiling, ia akan kelihatan sama besar, sama taraf darjat kedudukannya.



Kisahnya, awal tahun ini saya telah membeli pasangan SELADANG dan ENGGANG seperti gambar di atas ini. Rasa tertarik untuk memilikinya kerana saya melihat syiling ini telah dimuatkan dalam Coin Slab, siap ada keterangan ringkas. Lalu saya menanyakan kepada sahabat saya ini adakah beliau turut sama menghasilkan Coin Slab untuk koleksi syiling peringatan yang lain? Jawapan yang diterima ketika itu ialah TIADA kerana sahabat ini tiada stok untuk saiz syiling-syiling yang saya kehendaki, tetapi beliau memberi jaminan sekiranya ada, maka beliau akan berusaha menghasilkannya.
Masa terus berlalu dan cerita itu turut sama lenyap. Awal bulan ini saya dihubungi oleh beliau menyatakan bahawa apa yang saya kehendaki telah beliau buat. Perasaan teruja muncul semula, dan kemuncaknya apabila beliau mengirimkan foto Coin Slabs yang dihasilkan. Saya sendiri terperanjat bila melihat hasil kerjanya. Setiap Coin Slab bukan sahaja lengkap dengan maklumat syiling, turut sama dimuatkan foto-foto menarik yang berkaitan sebagai penambah nilai koleksi.






Pelbagai produk untuk memuatkan coin slabs juga kini telah ada dipasaran seperti foto yang saya rangkumkan di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...