Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Monday, November 30, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-30 Kemerdekaan (1987)


Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang



Spesifikasi Ringkas
Diameter: 24.5mm
Berat: 9g
Tempaan Dibenarkan:
1000000
 
Duit syiling ini dikeluarkan pada 19 Ogos 1987 sempena memperingati sambutan ulang tahun ke-30 kemerdekaan Malaysia.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan 30 ekor burung merpati yang terbang bebas sebagai simbol 30 tahun rakyat Malaysia hidup bebas di tanah air sendiri. Ia juga melambangkan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.
 
********************************************************


Spesifakasi Ringkas
Diameter: 27.7 mm
Berat: 10.8 gm
Tempaan Dibenarkan:
50000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 19 Ogos 1987.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini kemajuan ekonomi negara dalam industri petroleum dan gas, perhubungan dan infrastruktur yang digambarkan melalui Jambatan Pulau Pinang dan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga.

********************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang

 Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini






Sempena sambutan ulang tahun ke-30 kemerdekaan Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper-zinc peruf bernilai muka $1 pada 19 Ogos 1987. Duit syiling ini ditempa sebanyak 20000  keping sahaja untuk set single yang ditempa di Singapore Mint.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan 30 ekor burung merpati yang terbang bebas sebagai simbol 30 tahun rakyat Malaysia hidup bebas di tanah air sendiri. Ia juga melambangkan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.
 
********************************************************
Bahagian Hadapan


Bahagian Belakang
Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 kemerdekaan Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf  bernilai muka $10 pada 19 Ogos 1987. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Singapore Mint.

Bahagian hadapan duit syiling ini kemajuan ekonomi negara dalam industri petroleum dan gas, perhubungan dan infrastruktur yang digambarkan melalui Jambatan Pulau Pinang dan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini


***********************************************************
* Turut dikeluarkan ialah  syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.999 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 5000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah  syiling  emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.999 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 1000 keping.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...