Isnin, 4 Ogos 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) (2006)




 
***************************************************






Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 13 November 2006. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Perdana Menteri. Perkataan "CEMERLANG GEMILANG TERBILANG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan denominasi duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan gambaran empat elemen utama yang memakai simbol peta dunia, atom, double helix (DNA) dan daun-daun diolah yang mewakili lima teras utama RMKe-9. Simbol peta dunia mewakili persekitaran ekonomi global dan kesediaan negara menghadapi cabaran. Simbol atom dan double helix (DNA) pula mewakili bidang sains, teknologi dan inovasi yang membolehkan negara menjana sumber kekayaan baru melalui teknologi dan sektor intensif pengetahuan seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan bioteknologi. Daun-daun yang diolah pula mewakili sektor pertanian yang digiatkan semula dengan tumpuan pada pertanian secara moden dan komersial dalam skala besar, aplikasi teknologi moden yang lebih meluas, produk nilai tambah yang lebih banyak, pemanfaatan potensi bioteknologi, dan pengukuhan rangkaian pemasaran dan global. Perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN" dan tempoh rancangan "2006-2010" tertera pada bahagian atas duit syiling.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***************************************************






Set 2 dalam 1 (Set of Two) ini  turut mengandungi syiling emas nordic (nordic gold) tempaan pruf dengan nilai muka RM1. Sebanyak 300 set ditempa. Dikeluarkan pada 13 November 2006. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
***************************************************
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...