Jumaat, 5 Januari 2018

Malaysia Miniature Sheet Stamp / Lembaran Mini Setem Malaysia

* Dikemas kini pada 27/12/2018, bermakna koleksi lengkap sehingga tahun 2018. Terjadi disebabkan pertukaran cara penyimpanan daripada file folder biasa yang dibeli dari kedai stationery kepada folder yang lebih ekslusif khas untuk penyimpanan koleksi.

 - Koleksi lengkap Lembaran Mini dari tahun 1982 sehingga 2017. Pos Malaysia mula mengeluarkan lembaran mini pertama pada tahun 1982. Untuk dekad 1980-an, tidak banyak isu setem yang punyai lembaran mini. Mulai dekad 1990-an hingga sekarang, pengeluaran lembaran mini sangat meriah. Kiraan kasar, saya menganggarkan terdapat kira-kira 340-350 lembaran mini telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia sehingga tahun 2018.
 
 - Koleksi saya meliputi setem Lembaran Mini biasa, imperforate (tiada tebukan), cinderella, dan juga overprint.
 
- Ada beberapa Lembaran Mini yang tidak dipamerkan kerana saiz Lembaran Mini yang besar (tetapi tidak sampai lima isu keluaran pun) yang saya bubuh pada album lain. Akan dipamerkan pada entri lain.
 
- Lihat pada foto, ada satu ruang kosong untuk diisi dengan sehelai Lembaran Mini yang masih belum dimiliki, akan menjadi sasaran belian untuk tahun ini.

Menurut WIKIPEDIA, lembaran mini bermaksud:

Lembaran mini (Inggeris: miniature sheet) merupakan gabungan beberapa setem yang diletakkan di dalam satu lembar. Biasanya setem jenis ini dikeluarkan beserta dengan setem peringatan. Harga denominasi bagi setem jenis ini biasanya lebih mahal (antara RM1 dan RM5 di Malaysia) berbanding setem definitif dan setem peringatan yang bukan lembaran mini. Nilai yang terdapat di atas setem adalah sah digunakan untuk perkhidmatan pos di Malaysia dan ke luar negara. Walaupun begitu, ia jarang digunakan untuk tujuan itu. Filatelis lebih suka membiarkan ia sebegitu atau ditampal di atas Sampul Surat Hari Pertama untuk disimpan.

Negara Luxembourg di Eropah merupakan negara pertama yang menerbitkan setem jenis ini pada 1923.


A souvenir sheet or miniature sheet is a small group of postage stamps still attached to the sheet on which they were printed. They may be either regular issues that just happen to be printed in small groups (typical of many early stamps), or special issues often commemorating some event, such as a national anniversary, philatelic exhibition, or government program. The number of stamps ranges from one to about 25; larger sheets of stamps are simply called "sheets" with no qualifier.

The stamps on the sheet may be perforated in the usual way, or imperforate. The margins or selvage of the sheet may have additional printing, ranging from a simple statement of the occasion being commemorated, up to a full picture of which the stamp(s) are just a small part. The margins of the sheet may have ornamental designs, price, emblems and logo(s) which are not the part of stamp(s). Stamps on the miniature sheet can be in se-tenant position while the same stamps were not se-tenants in regular issue.

Both the stamps and the entire sheet are valid for mailing, although they are almost always sold above face value and kept in mint collection by collectors; a handful of usages may be found as philatelic covers.

Luxembourg issued the first generally recognized souvenir sheet in 1923, a single 10-franc stamp, not otherwise available, inset in a larger blank sheet. The purpose was to honor the birth of Princess Elisabeth. However, this country had produced a somewhat similar issue in 1921, a small sheet of 5 stamps to celebrate the birth of Prince Jean, and an even earlier sheet of 10 stamps for the accession of William IV in 1906.[1] Neither had margin inscriptions and both consisted of regular issue stamps that were otherwise available.[2] Since the 1920s many other countries have produced souvenir sheets. The United States issued its first one in 1926, and printed several more in the 1930s, with new ones occasionally issued since that time. Starting in 1955 the United Nations has occasionally produced them.

While some of the earliest souvenir sheets are valuable (for instance in excellent condition the US White Plains sheet of 1926 is worth hundreds of dollars), modern ones are typically produced in considerable quantities and have no special value

 
- Gambar berbayang disebabkan lapisan plastik folder
- Klik pada setiap gambar untuk saiz yang lebih besar.

 

Foto seterusnya telah dibuang setelah dilakukan proses kemas kini dan penukaran cara penyimpanan.

************
Kemas kini pada 27/12/2018






Saya gunakan TACC leather folder sebagai tempat susunan.
 
 






* Helonica dan Ikan air tawar bukannya lembaran mini, cuma setnya bersaiz besar maka saya muatkan sekali dalam folder ini.


* Bunga dan Serangga bukannya lembaran mini, cuma setnya bersaiz besar maka saya muatkan sekali dalam folder ini.














 

* Ruang kosong untuk diisi dengan Lembaran Mini Serangga Overprint, setakat ini belum ada rezeki untuk memiliki.
.












* Lembaran mini kartun LAT merupakan Cinderella.


* Lembaran mini HARIMAU merupakan Cinderella.










 


* Lembaran mini Warisan Tenunan dan Minggu Setem 2018 merupakan Cinderella.

 







2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam, bagaimana untuk kita menilai harga semasa untuk lembaran di atas? Saya mempunyai sebilangan dan ingin lepaskan kepada individu yang lebih layak. Terima kasih.

syiling peringatan malaysia berkata...

Walaikumussalam, bilangan pengumpul setem tak banyak mana pun, pengumpul yang dah sedia ada pun majoritinya mempunyai bilangan Miniature Sheet (MS) yang banyak. Bilangan MS yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia pun banyak untuk setiap isu, untuk jual pada harga yang lebih tinggi agak sukar. Contohnya MS yang berharga RM3, cuma boleh dijual pada harga RM4-RM6.

Tapi ada juga sebahagian kecil MS yang diketahui RARE dan punya harga, tapi itu laa, bilangannya cuma kecil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...