Khamis, 21 Disember 2017

Specimen Banknote and Public Viewing Commemorative Banknotes in conjunction with the 60th Anniversary of the Signing of the Federation of Malaya Independence Agreement

Bank Negara Malaysia is issuing commemorative banknotes in conjunction with the 60th Anniversary of the Signing of the Federation of Malaya Independence Agreement. These commemorative banknotes were launched by His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V at the Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur on 14 December 2017.
 
These banknotes commemorate the 60th Anniversary of the Federation of Malaya Independence Agreement signing in the year 1957. The commemorative banknotes honour the Council (later called Conference) of Rulers’ contribution towards the realisation of the Nation’s independence on 31 August 1957. The Agreement dated 5 August 1957 proclaiming the Yang di-Pertuan Agong as the Supreme Head of the Federation was signed by the Malay Council of Rulers from Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu with Sir Donald MacGillivray, the High Commissioner of the Federation of Malaya who represented Queen Elizabeth II. The Agreement became a historical constitutional evidence for the independence of the Federation of Malaya
 
 

Banknote design
The design is based on the theme of “Raja Payung Kedaulatan Negara”. These commemorative banknotes are the first commemorative banknotes printed by Bank Negara Malaysia on the composite substrate, a combination of polymer and paper substrate, which offers higher security features and longer life span. These banknotes are printed larger in size, based on its face value.
 
Obverse
Symbolising Malaysia as a constitutional monarchy, placed in the middle is the majestic royal throne encircled by the portraits of 15 Yang di-Pertuan Agong who have reigned from 1957 till the present day. The obverse design is inspired by the crescent and a 14-pointed federal star which are featured on the royal headgear.
 
Reverse
The reverse design features the portraits of the nine rulers signing the Federation of Malaya Independence Agreement on 5 August 1957. These banknotes are decorated with prominent independence and post-independence figures and features. On the right-hand side of the banknote is the triumphant silhouette of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, the architect of Malayan independence and the first Prime Minister of Malaysia. Imprinted on the background are four significant landmarks: the National Palace, Perdana Putra, the Parliament building and the Palace of Justice. These reflect the four pillars of the nation: the institution of the Monarchy, the Executive, the Legislature and the Judiciary respectively.
 
*******************************
Specimen Banknote
 

 
 






  
 *******************************
Public Viewing Banknote and Sale
Display units of the banknotes will be available for public viewing from Thursday, 21 December 2017 at Bank Negara Malaysia’s Museum and Art Gallery and at the Bank’s offices in Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching and Kuala Terengganu.
 
To provide a fair opportunity for the public to buy these limited edition banknotes, there will be a purchase limit (a piece of RM600, a set of Uncut 3-in-1 RM60 and five pieces of RM60 banknotes per person). To improve buying convenience, the public can place their orders online from 5 January 2018. In the event of oversubscription, balloting will take place. Banknotes with special serial numbers will be sold via public auction on 10 March 2018. Further information on the ordering, auction, payment and collection will be informed to the public in a press release prior to the sale date.




The specifications of the commemorative banknotes are as follows:

 
Single RM600 Banknote
This large-sized banknote has a face value of RM600 and will be sold at RM1,700 a piece. The printed quantity is 6,000 pieces.

 
Uncut 3-in-1 RM60 Banknote
This uncut banknote has a face value of RM180 and will be sold at RM500 a piece. The printed quantity is 6,000 pieces.


 
Single RM60 Banknote
This single banknote has a face value of RM60 and will be sold at RM120 a piece. The printed quantity is 60,000 pieces.

Note: Prices stated above are inclusive of GST.
 *******************************
Pameran Malaysia : 60 Cetera


 


Sabtu, 16 Disember 2017

Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV (2017)







Sumber: NST / BERNAMA




Sumber: Facebook

Sumber: BERNAMA




Sumber: Facebook

*******************************




 
Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas untuk tempoh lima tahun oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Mesyuarat Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2016. Baginda kemudiannya melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  pada 13 Disember 2016 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Upacara pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas telah berlangsung pada 24 April 2017.
Duit syiling peringatan ini dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad bin Ibrahim, FCB, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada 14 Disember 2017.
Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram.  Nilai muka duit syiling ini ialah RM300 dan akan dijual melalui lelongan awam pada harga rizab RM4,000 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (mirip pruf)
Duit syiling berwarna mirip pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 92.0 gram.  Nilai muka duit syiling ini ialah RM150 dan harga jualannya RM1,000 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Tembaga (kemasan tanpa kilat)
Duit syiling kemasan tanpa kilat ini diperbuat daripada logam tembaga dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 77.76 gram.  Nilai muka duit syiling ini ialah RM15 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.\

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM11.00 sekeping. Sebanyak 15,000 keping ditempa.
Sebanyak 500 unit duit syiling set dua dalam satu yang berharga RM1,200 setiap set juga dikeluarkan. Set ini mengandungi sekeping duit syiling mirip pruf perak berwarna dan sekeping duit syiling tembaga kemasan tanpa kilat.
Nota: Kesemua harga yang dinyatakan di atas sudah termasuk GST.
Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini.
Reka Bentuk Duit Syiling
Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:
Bahagian Hadapan
Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan "KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V” tertera di sekeliling duit syiling manakala tarikh pertabalan dipaparkan di bawah potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV.
Bahagian Belakang
Reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan jata rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV" dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling bersama-sama dengan nilai muka duit syiling tersebut.

*******************************
Pameran untuk Orang Ramai dan Tarikh Tempahan
Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Khamis, 21 Disember 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna, satu duit syiling tembaga dan tiga duit syiling emas nordic). Untuk memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan dalam talian mulai 5 Januari 2018. Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Duit syiling peringatan emas akan dijual melalui lelongan awam pada 10 Mac 2018. Maklumat lanjut tentang tempahan, lelongan, pembayaran dan pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.
* Foto Pameran di Sasana Kijang Pada 21/12/2017






 

*******************************





 









Jumaat, 15 Disember 2017

Wang Kertas Peringatan (Commemorative Banknote) Sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (2017)





The Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V today launched commemorative banknotes issued by Bank Negara in conjunction with the 60th anniversary of the signing of the Federation of Malaya Independence Agreement

Sumber: NST / BERNAMA





Sumber: Facebook



Sumber: BERNAMA

**********************************************
Mengikut susunan sejarah (kalau salah, mohon ditegur), keluaran Wang Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan keluaran keempat dalam kategori WANG KERTAS PERINGATAN (COMMEMORATIVE BANKNOTE) yang dikeluarkan oleh BANK NEGARA MALAYSIA, klik pada setiap jenis untuk melihat keluaran sebelum ini. Klik pada setiap tajuk untuk melihat.

Dan BNM juga pernah mengeluarkan wang kertas bercantum / wang kertas yang tidak dipotong (uncut banknote). Ada orang bertanya adakah siri uncut banknote ini termasuk dalam kategori wang kertas peringatan? Saya tidak lagi menjumpai jawapan yang tepat terutama sekali jawapan rasmi dari pihak BNM. Yang ada cuma pendapat rakan-rakan pengumpul wang kertas dan juga orang lama dalam hobi ini.
Tetapi pendapat peribadi saya (mungkin betul, mungkin salah – kerana saya bukan pengumpul koleksi wang kertas edaran mahupun syiling edaran) menyetujui dan menyokong pendapat bahawa uncut banknote merupakan sebahagian daripada wang kertas peringatan kerana koleksi ini bukan didapati dalam edaran dan urusan seharian tetapi dijual oleh BNM dengan harga yang melebihi nilai muka.
Kedua, walaupun punya legal tender / sah diperlakukan, adakah seseorang akan gunakan uncut banknote untuk berbelanja? Contohnya membeli barang berharga RM15, adakah pembeli akan membayar menggunakan wang kertas denominasi RM5 (3 dalam 1) sebagai bayaran? Walaupun sah dan boleh, sudah tentu hanya orang yang tidak siuman sahaja yang melakukannya.
Sumber: Facebook
Dan untuk maklumat bukan pengumpul, mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan
**********************************************
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur pada 14 Disember 2017.
Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Spesifikasi wang kertas peringatan ini adalah seperti berikut:
 Wang Kertas Sekeping RM600
Nilai muka wang kertas bersaiz besar ini ialah RM600 dan harga jualannya RM1,700 sekeping.  Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.
Wang Kertas Bercantum 3 dalam 1 RM60
Nilai muka wang kertas bercantum ini ialah RM180 dan harga jualannya RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.
Wang Kertas Sekeping RM60
Nilai muka wang kertas sekeping ini ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping. Sebanyak 60,000 keping sahaja dicetak.
Nota: Kesemua harga yang dinyatakan di atas sudah termasuk GST.
Butiran terperinci berkenaan spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan utama kesemua wang kertas peringatan ini.



Reka Bentuk Wang Kertas
Reka bentuk wang kertas peringatan ini berdasarkan tema “Raja Payung Kedaulatan Negara”. Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang.  Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut. 
Reka Bentuk Hadapan
Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja.
Reka Bentuk Belakang
Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret sembilan Raja-raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan kemerdekaan. Pada bahagian kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar belakang wang kertas ini: Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana Kehakiman yang  masing-masing mencerminkan empat tonggak negara: Institusi Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.

Pameran untuk Orang Ramai dan Jualan
Contoh wang kertas ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Khamis, 21 Disember 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.
Bagi memastikan peluang yang sama rata untuk semua orang membeli wang kertas edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli sekeping wang kertas RM600, satu set wang kertas bercantum 3 dalam 1 RM60 dan lima keping wang kertas RM60). Untuk memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan dalam talian mulai 5 Januari 2018. Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah yang ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Wang kertas peringatan yang bernombor siri istimewa akan dijual melalui lelongan awam pada 10 Mac 2018. Maklumat lanjut tentang tempahan, lelongan, pembayaran dan tempoh pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.
**********************************************
Update 08 Mac 2018
Wang kertas RM600 telah diiktiraf sebagai wang kertas paling besar di dunia oleh Guinness World Record sebagai Largest Legal Banknote. Setakat ini belum lagi ada kenyataan rasmi dari Bank Negara Malaysia berkenaan hal ini.
**********************************************
Update 12 Mac 2018
Selesai sudah acara lelongan wang kertas peringatan ini bagi nombor siri yang cantik. Lelongan yang diadakan pada 10 Mac 2018 memperlihatkan kesemua 76 lot bidaan telah habis dibida oleh orang ramai dari harga RM5,500 hinggalah ke RM78,000. Harga ini pula tidak termasuk caj 15% bidaan dan juga caj 20% bagi bidaan secara online.
 

Lot      RM60
1. MRR0000022 RM8,500
2. MRR0000033 RM8,000
3. MRR0000044 RM6,500
4. MRR0000055 RM11,000
5. MRR0000066 RM10,000
6. MRR0000077 RM13,000
7. MRR0000088 RM16,000
8. MRR0000099 RM22,000
9. MRR0000111 RM10,000
10. MRR0000222 RM6,000
11. MRR0000333 RM10,000 online
12. MRR0000444 RM8,500
13. MRR0000555 RM10,000 online
14. MRR0000666 RM9,000
15. MRR0000777 RM7,500
16. MRR0000888 RM16,000
17. MRR0000999 RM17,000
18. MRR0001111 RM13,000
19. MRR0002222 RM13,000
20. MRR0003333 RM15,000
21. MRR0004444 RM8,500
22. MRR0005555 RM12,000 online
23. MRR0006666 RM12000
24. MRR0007777 RM8,500
25. MRR0008888 RM26,000
26. MRR0009999 RM20,000
27. MRR0011111 RM25,000
28. MRR0022222 RM21,000
29. MRR0033333 RM26,000
30. MRR0044444 RM11,000
31. MRR0055555 RM25,000
32. MRR0000123 RM17,000
33. MRR0000321 RM6,000
34. MRR0001234 RM11,000
35. MRR0004321 RM5,500
36. MRR0012345 RM16,000
37. MRR0054321 RM7,000
38. MRR0001957 RM9,500
39. MRR0002017 RM8,500
40. MRR0000060 RM21,000
41. MRR0000600 RM9,500
42. MRR0006000 RM13,000
43. MRR0060000 RM50,000
 
Lot Uncut
44. MRR0076777, MRR0077277, MRR0077777. RM22,000
45. MRR0066166, MRR0066666, MRR0067166. RM28,000
 
Lot RM600
46. MRR0000022 RM28,000

47. MRR0000033 RM29,000
48. MRR0000044 RM18,000
49. MRR0000055 RM41,000
50. MRR0000066 RM31,000
51. MRR0000077 RM25,000
52. MRR0000088 RM78,000
53. MRR0000099 RM55,000
54. MRR0000111 RM32,000
55. MRR0000222 RM25,000
56. MRR0000333 RM34,000
57. MRR0000444 RM20,000
58. MRR0000555 RM21,000
59. MRR0000666 RM42,000
60. MRR0000777 RM30,000
61. MRR0000888 RM62,000
62. MRR0000999 RM49,000
63. MRR0001111 RM52,000
64. MRR0002222 RM34,000
65. MRR0003333 RM32,000
66. MRR0004444 RM29,000
67. MRR0005555 RM35,000
68. MRR0000123 RM26,000
69. MRR0000321 RM12,000
70. MRR0001234 RM23,000
71. MRR0004321 RM14,000
72. MRR0001957 RM16,000
73. MRR0002017 RM18,000
74. MRR0000060 RM29,000
75. MRR0000600 RM41,000
76. MRR0006000 RM61,000



Terima kasih pada sahabat saya Encik Farouk yang berkongsi senarai lelongan ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...