Selasa, 3 Jun 2014

Complete Malaysia Proof Coin Collection in Coin Trays




Kembali kepada perbincangan mengenai aksesori yang digunakan oleh para pengumpul. Saya selalu beranggapan bahawa jika ada 100 orang pengumpul syiling, maka akan ada 100 cara penyimpanan dan peragaan. Masing-masing ada stail yang tersendiri yang difikirkan sesuai dengan koleksi yang dimiliki.


Coin Dipslay Trays” merupakan salah satu (apa nak dipanggil dalam bahasa Melayu??? Kalau secara jamak Trays membawa maksud DULANG) aksesori yang digunakan untuk menyusun duit syiling. Ada juga yang menamakannya sebagai Showcase Trays. Tidak kiralah apa namanya sekalipun asalkan bendanya sama.


Apabila melawat laman web aksesori terkemuka seperti Lighthouse, Transline, Collection System dan JP’s Corner, maka pelbagai imej yang berkaitan dengan aksesori ini ada dijual. Kalangan dealer dan juga peniaga numismatik yang ada di negara kita juga ada menjual pelbagai aksesori yang berkaitan, dan  Coin Display Trays ini pula ada pelbagai saiz, ada yang boleh memuatkan 24 keping syiling, ada yang boleh 36 keping syiling dan sebagainya. Ada juga Coin Display Tray yang khusus untuk memuatkan Coin Holder sehingga ke Coin Grading/ Coin Slabs. Kebiasaannya didatangkan dalam 3 warna iaitu merah, biru dan hitam.


Coin Tray ini pula boleh disimpan/dipamerkan dengan pelbagai cara, ada yang dibingkaikan (frame) ada yang dimuatkan dalam kotak (display box), ada yang dimuatkan dalam beg khas (cases) daripada beg seperti travel sehingga beg yang nampak eksklusif. Gambar-gambar berkenaan dengan aksesori ini boleh dilihat menerusi laman web syarikat yang saya senaraikan di atas.




Rasa sangat bertuah bila ada sahabat yang punyai minat yang sama sudi berkongsi koleksi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Gambar-gambar yang dipaparkan merupakan koleksi peribadi beliau yang sudi berkongsi foto miliknya. Lain pengumpul lain cara dan kaedahnya, sahabat ini menggunakan Coin Tray untuk menyusun/mempamerkan koleksi syiling-syilingnya terutamanya koleksi syiling peringatan. Saya mengenali beliau dan tahu beliau merupakan seorang Silent Collector ... tetapi koleksi miliknya memang mengagumkan. Nama beliau pun tidak saya bubuh dalam ini atas permintaan beliau walaupun seharusnya saya kreditkan nama pemilik koleksi tersebut.






Sudah tentu saya berasa teruja dan kagum melihat barisan syiling peringatan tempaan peruf (proof coin) disusun sedemikian rupa. Tambahan pula termuat syiling-syiling peringatan yang semakin sukar ditemui di pasaran, kalau ada pun, pastinya harganya meningkat.

Kalau ikut gambar yang diberikan dan maklumat daripada pemiliknya, cuma sekeping syiling sahaja yang belum beliau miliki untuk melengkapkan 100% koleksi syiling perak beliau. Syiling peringatan keluaran bertarikh 14 Februari 2006 (yang juga syiling yang menjadi buruan ramai pengumpul) belum beliau miliki. Namun rezeki beliau, selang 3-4 hari selepas beliau mengirimkan gambar-gambar ini, beliau akhirnya dipertemukan dan dipermudahkan untuk memiliki syiling peringatan keluaran bertarikh 14 Februari 2006 tersebut. Tahniah kerana berjaya melengkapkan koleksi.

TERIMA KASIH banyak-banyak sekali lagi kerana sudi berkongsi foto seperti ini.

100 keping duit syiling peringatan ... TERBAIKKKK!!!!!!

Di kesempatan ini, ingin dimaklumkan bahawa bukan semua yang dipaparkan dalam blog ini merupakan milik saya. Saya bukannya mampu untuk memiliki semua, sebab itu saya rasa bersyukur bila ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi foto/maklumat mengenai koleksi yang mereka miliki.

Jika ada di luar sana yang punyai koleksi syiling/medallion (banknote tak mahu) yang unik, yang tidak terpamer dalam ini dan sudi berkongsi foto/maklumat untuk dimuatkan di dalam blog ini tanpa apa-apa balasan selain niat untuk berkongsi, boleh e-melkan kepada saya syillingperingatan@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...