Friday, December 25, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA Ke-9 (1977)


Bahagian Hadapan
 

Bahagian Belakang

Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.36mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 1000000
 
Duit syiling ini dikeluarkan pada 24 Jun 1977 sempena dengan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-9 yang diadakan di Kuala Lumpur.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan pemain wau bulan, salah satu permainan tradisional masyarakat Malaysia.
 
****************************************************************
 
 
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42 mm
Berat: 34 gm
Tempaan Dibenarkan: 100000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 24 Jun 1977.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan peta kawasan Asia Tenggara dan logo Sukan SEA 1977.
 
Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan nilai muka syiling ini.
 
****************************************************************

Bahagian Hadapan


Bahagian Belakang
Sempena Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-9 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977, Bank Negara Malaysia mengeluarkan copper nickel peruf  bernilai muka $1 pada 24 Jun 1977. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10877 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan pemain wau bulan, salah satu permainan tradisional masyarakat Malaysia.
 
****************************************************************

Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
 
Sempena Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-9 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak proof (Proof Coin) bernilai muka $25 pada 24 Jun 1977. Duit syiling ini ditempa sebanyak 5887 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat. 

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan peta ASEAN dan logo Sukan SEA ke-9.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


****************************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 12000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 417 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $200. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 975 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...