Jumaat, 27 Ogos 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) (2003)

Info menerusi laman web BNM:

Duit syiling peringatan OIC juga boleh didapati di Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Tun Razak, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 3 - 5 Oktober, 2003.

*Sudah terlalu lama pameran numismatic seperti ini tidak diadakan, mohon BNM anjurkan pameran seperti ini.
************************************************



Syiling dalam bentuk plak ini dikatakan cuma diberikan kepada delegasi dan peserta Persidangan OIC. Sama ada betul atau tidak, tiada sumber sahih.

 ************************************************
 
 
 

 
 
Duit syiling perak pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5, seberat 21.0 gram sekeping, bergaris pusat 35.7 mm dan setebal 2.7 mm, nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 300 keping  sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 03 Oktober 2003.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan logo rasmi Sidang Kemuncak ke-10 OIC dan perkataan “PERSIDANGAN KETUA-KETUA NEGARA ISLAM” dan “SIDANG KEMUNCAK KE-10”.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula tertera perkataan Arab yang ditulis dalam tulisan khat kufi iaitu Munazzomah (Pertubuhan), Al-Muktamar (Persidangan) dan Al-Islami (Islam).
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
************************************************
Set of Two
 
 


 
************************************************

Single Proof Nordic Gold Coin - Unofficial  
 

Untuk menunjukkan betapa besarnya saiz kotak, gambar diambil beralaskan sehelai kertas bersaiz A4. Rujuk gambar pertama yang menunjukkan bahawa saiz kotak untuk duit syiling ini terlalu besar, tidak padan dengan saiz syilingnya yang cuma berukuran 30mm. Saiznya kotak untuk syiling ini sebenarnya lebih besar dan lebar berbanding dengan kotak-kotak syiling peringatan yang lain.
 





Pengeluaran duit syiling tempaan peruf untuk syiling emas Nordic secara single tidak tercatat dalam laman web BNM, tidak juga tercatat dalam mana-mana buku katelog duit. Merujuk kembali laman web BNM, tempaan peruf untuk syiling emas nordic hanya DI ADAKAN untuk SET OF 2 (emas nordic dan perak) dan SET OF 3 (emas nordic, perak dan emas tulen) SAHAJA. Maka pengeluaran syiling ini secara single dan berasingan terus menjadi misteri.

Setakat ini ada tiga versi cerita yang saya dengar:
 
1) Syiling ini bukan untuk jualan, tetapi diadakan khas untuk para delagasi/peserta yang hadir semasa persidangan OIC.
 
2) Syiling ini hanya dikhaskan untuk VIP sahaja yang hadir menyertai persidangan OIC. Bilangan tempaan cuma 150 sahaja. Tetapi dalam gambar COA yang saya paparkan, tiada pula nombor siri dan bilangan tempaan tercatat sebagaimana COA untuk syiling-syiling peruf yang lain.
 
3) Syiling ini cuma dijual semasa pameran bersempena dengan OIC dan dijual di PWTC semasa berlangsungnya Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Tun Razak, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 3 - 5 Oktober, 2003.
 
Gambar dibawah pula merupakan koleksi sahabat saya, kotaknya pula berwarna hijau?
 

************************************************
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 200 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 250 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...