Selasa, 24 Ogos 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Pameran Maritim Dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03) (2003)




 
********************************************************







Duit syiling peruf tembaga nikel (copper-nickle) ini seberat 21.0 gram sekeping, bergaris pusat 35.7 mm dan setebal 2.7mm, nilai muka duit syiling ini ialah RM1

Manakala duit syiling perak (silver) pruf pula diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5, seberat 21.0 gram sekeping, bergaris pusat 35.7 mm dan setebal 2.7 mm, nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Duit syiling dalam set 2 dalam1 ini didatangkan dalam 300  set sahaja. Dikeluarkan pada 30 September 2003.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan logo rasmi LIMA dan glob yang melambangkan LIMA sebagai acara bertaraf antarabangsa.

Reka bentuk sebelah belakang pula tertera imej kapal terbang pejuang buatan Rusia jenis Sukhoi-30 dan kapal perang KD Laksamana Tan Pusmah milik Tentera Laut Diraja Malaysia.
Terima Kasih atas sumbangan foto ini

********************************************************

 
Tiada pengeluaran single silver untuk isu ini
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 50 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling tembaga nikel bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 300 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...