Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Wednesday, August 4, 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena 45 Tahun Merdeka (2002)




 
**************************************************









Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1800 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 31 Ogos 2002.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan bendera Malaysia, logo dan tema hari kebangsaan tahun ini, 'Keranamu Malaysia', perkataan '45 TAHUN MERDEKA' dan tarikh '31 OGOS 2002'.

Reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan gambar Bangunan Sultan Abdul Samad, KL Monorel dan Menara Kuala Lumpur, nilai muka dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
**************************************************
 Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 200 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 100 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...