Jumaat, 13 Ogos 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali XIII (NAM) (2003)

 
 
 

 
*******************************************************

 

 


Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5, seberat 21.0 gram sekeping, bergaris pusat 35.7 mm dan setebal 2.7 mm, nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 2400 keping set sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 17 Februari 2003.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan lambang rasmi NAM dan perkataan “XII CONFERENCE OF HEADS OF STATE GOVERNMENT OF THE NON-ALIGNED MOVEMENT”.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan gambaran bangunan Parlimen serta bulan sabit dan bintang melambangkan kerajaan Malaysia, amalan demokrasi dan tempat di mana polisi-polisi kerajaan digubal. Nilai muka duit syiling tertera pada bahagian sisi bawah bangunan Parlimen.
 

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

*******************************************************
Set Of Two
 



 
*******************************************************
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8,6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 300 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 300 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...