Isnin, 4 Oktober 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-100 Kelahiran Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (2005)

Unik, isu syiling ini sebagai penghormatan kepada kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman. TAR lahir pada tahun 1903, sedangkan syiling ini dikeluarkan pada tahun 2005. Uniknya lagi, tertera tahun 2004 di bahagian belakang syiling.

****************************************




**************************************** 







Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 01 April 2005.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan gambaran lambang Kerajaan Malaysia dengan perkataan “BAPA KEMERDEKAAN” dan nilai muka duit syiling tersebut.
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


**************************************** 


Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling tembaga nikel bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 300 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling tembaga nikel bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 100 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...