Selasa, 3 Mei 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keretapi Tanah Melayu ke-125 (2010)

 
 
 
 
*************************************************


 


 
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 22 Jun 2010. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan pada 21 Jun 2010 oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan perkembangan dan transformasi kereta api negara sejak 125 tahun yang lalu, bermula daripada kereta api lokomotif berkuasa arang batu kepada Sistem Kereta Api Elektrik (Electric Train System, ETS), iaitu kereta api terbaharu dalam kumpulan kereta api KTM yang sedia ada. Perkataan "Keretapi Tanah Melayu" dan "125 Tahun" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala tahun "1885 - 2010" pula dipaparkan pada bahagian bawah permukaan duit syiling.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan imej logo KTM yang sedia ada di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling ini tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai mukanya pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.
 

*************************************************
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 150 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 250 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...