Jumaat, 27 Mei 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-125 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) (2010)





 
*****************************************************

 
 


 
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 15 Oktober 2010. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan pada 14 Oktober 2010 oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri, bertempat di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej juruukur JUPEM sedang menjalankan kerja-kerja ukur menggunakan teodolit dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini. Alat ini digunakan untuk mengukur nilai sudut dan ruang yang mendatar atau rangkaian antara tanda ukur. Alat ini juga digunakan untuk menentukan arah garis penglihatan dalam pengukuran. Nama "Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia" tertera pada bahagian bawah duit syiling, manakala perkataan "125 Tahun" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling tersebut.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo rasmi JUPEM dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling, manakala perkataan "Bank Negara Malaysia" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling. Tahun "1885-2010" tertera di bawah logo, manakala nilai muka duit syiling dipaparkan pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling.





*****************************************************
 


 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 150 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 250 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...