Khamis, 19 Mei 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pengisytiharan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan (2010)






*************************************************






Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 400 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 01 Oktober 2010. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan pada 30 September 2010 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, bertempat di Kompleks Perbadanan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini, manakala perkataan "50 Tahun" dipaparkan pada bahagian atas syiling dan tahun "1960 - 2010" tertera di bawah imej Bunga Raya. Perkataan "Bunga Raya Bunga Kebangsaan" dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan imej peta Malaysia berlatarbelakangkan bendera Malaysia dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling ini. Perkataan "Bank Negara Malaysia" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling dipaparkan di bawah perkataan "Bank Negara Malaysia". "Jabatan Warisan Negara" selaku jabatan yang bertanggungjawab terhadap sambutan ulang tahun pengisytiharan ini dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling peringatan.




*************************************************
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 150 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 600 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 300 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...