Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Tuesday, July 13, 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA XXI (2001)


 
********************************************





Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 3000 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 30 Ogos 2001.

Maskot – SI TUMAS
Si Tumas – tupai yang mesra, ceria, bertenaga, lincah serta amat ramah sesuai sebagai maskot Sukan SEA. Warna keemasannya menandakan kemenangan; namanya “SI” mengikut bunyi perkataan “SEA”. “TU” adalah suku pertama perkataan “tupai”, manakala “MAS” merupakan singkatan daripada perkataan “emas”.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan nilai muka duit syiling ini dan Si TUMAS sedang berenang.
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo rasmi Sukan Sea XXI yang dijalankan dari 8 hingga 17 September 2001 di Kuala Lumpur.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

********************************************
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini tidak jual secara berasingan (single), sebaliknya dijual dalam set 2 dalam 1.
 
* Set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...