Khamis, 1 Julai 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Perisytiharan Shah Alam sebagai Bandaraya (2000)

 

***************************************************






Duit syiling perak ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping sahaja ditempa. Dikeluarkan pada 8 November 2000.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambaran bandar raya Shah Alam iaitu Masjid Negeri, Wisma MBSA, Perpustakaan Negeri, dan bangunan SUK Selangor. Di kawasan perimeter syiling ini memaparkan tulisan SEMPENA PENGISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM dan tarikh 10 OKTOBER 2000, iaitu tarikh perisytiharan Shah Alam sebagai bandar raya.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nilai muka duit syiling ini dan jata (city council emblem) Majlis Bandar raya Shah Alam.

Dahulu, Shah Alam dikenali sebagai Batu 3/Sungai Renggam. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan Sultan Selangor, nama kawasan ini ditukar menjadi Shah Alam, nama pilihan baginda sendiri seterusnya dijadikan ibu negeri Selangor.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***************************************************
Update 2014: Tiba-tiba muncul set dua dalam satu, sedangkan maklumat rasmi tiada menyatakan pengeluarannya, Isu yang timbul ialah set ini adalah asli tetapi diberikan kepada orang kenamaan sahaja. Satu lagi desas desus ialah set ini ialah sengaja diadakan oleh pihak tertentu.
 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...