Tuesday, August 11, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-20 Tabung Kehidupan Liar Sedunia (1992)

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang


Spesifikasi Ringkas
Diameter: 26mm
Berat: 10.4g
Tempaan Dibenarkan: 100000

Duit syiling bernilai muka $5 ini dikeluarkan pada 15 Disember 1992 sempena sambutan ulang tahun ke-20 Tabung Kehidupan Liar Sedunia (WWF).
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan burung botak upeh, sejenis burung terancam yang hanya didapati di Kuala Gula, Perak. Burung ini merupakan burung terbesar yang hidup secara berkumpulan.

Bahagian belakang duit syiling ini pula menggambarkan logo WWF iaitu panda, nilai muka duit syiling ini dan perkataan Bank Negara Malaysia.
 
***********************************************************
Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang

 Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini.




Sempena sambutan ulang tahun ke-20 Tabung Kehidupan Liar Sedunia (WWF), Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf  bernilai muka $25 pada 15 Disember 1992. Duit syiling ini ditempa sebanyak 50000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini pula menggambarkan ikan. Ini kerana Malaysia bertuah kerana kaya dengan pelbagai jenis ikan laut dan ikan air tawar. Ikan melambangkan pemuliharaan air untuk kehidupan.

Bahagian belakang duit syiling ini menggambarkan logo WWF iaitu panda, nilai muka duit syiling ini dan perkataan Bank Negara Malaysia.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 ***********************************************************
* Turut dikeluarkan ialah  syiling  emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.999 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 3000 keping.

 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper zinc tin bernilai muka $5, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $250. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 3000 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...