Selasa, 18 Ogos 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (1989)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 26mm
Berat: 10.4g
Tempaan Dibenarkan: 150000
 
Duit syiling bernilai muka $5 ini dikeluarkan pada 18 Oktober 1989 sempena Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel [Commonwealth Heads of Goverment Meeting (CHOGM)] yang diadakan secara dwitahunan di negara ahli. Mesyuarat ini diadakan di Kuala Lumpur dari 18 hingga 24 Oktober 1989.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan logo CHOGM.

***************************************************

 


Spesifakasi Ringkas

Diameter: 35.7 mm

Berat: 21.7 gm
Tempaan Dibenarkan: 30000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 18 Oktober 1989.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bendera Malaysia berkibaran di atas peta dunia selain logo CHOGM.


***************************************************
Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang

Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini.





Sempena Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel [Commonwealth Heads of Goverment Meeting (CHOGM)] yang diadakan secara dwitahunan di negara ahli, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper-zinc peruf bernilai muka $5 pada 18 Oktober 1989. Mesyuarat ini diadakan di Kuala Lumpur dari 18 hingga 24 Oktober 1989. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.

 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan logo CHOGM.

 
***************************************************
Bahagian Hadapan
 
Bahagian Belakang
 

Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini.


 
Sempena Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel [Commonwealth Heads of Goverment Meeting (CHOGM)] yang diadakan secara dwitahunan di negara ahli, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $25 pada 18 Oktober 1989. Mesyuarat ini diadakan di Kuala Lumpur dari 18 hingga 24 Oktober 1989. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bendera Malaysia berkibaran di atas peta dunia selain logo CHOGM.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***************************************************
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper zinc tin bernilai muka $5 dan duit syiling perak bernilai muka $25. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 15000 set.
 

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...