![]() |
Bahagian Belakang |

Sempena memperingati pengisytiharan Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah mulai 15 April 1989, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $10 pada 27 Disember 1989. Duit syiling ini ditempa sebanyak 20000 keping sahaja yang ditempa di Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan kereta lembu - salah satu pengangkutan tradisional yang popular di Melaka.