Friday, July 31, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Penguasa Tempatan (1990)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 26.2mm
Berat: 10.6g
Tempaan Dibenarkan: 100000

Duit syiling bernilai muka $5 ini dikeluarkan pada 15 Disember 1990 sempena sambutan 100 tahun Kuala Lumpur sebagai Penguasa Tempatan.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada masa dahulu dan pada masa kini (sekitar dekan 80-an dan 90-an) dengan berlatarbelakangkan bendera Kuala Lumpur.

Bahagian belakang duit syiling ini pula menggambarkan logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan nilai muka syiling.

***************************************************************


Spesifakasi RingkasDiameter: 35.7 mm
Berat: 21.7g m
Tempaan Dibenarkan: 25000


Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 15 Disember 1990.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada masa dahulu dan pada masa kini dengan berlatarbelakangkan bendera Kuala Lumpur.

Bahagian belakang duit syiling ini pula menggambarkan logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan nilai muka syiling.

***************************************************************

Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini.




Sempena sambutan 100 tahun Kuala Lumpur sebagai Penguasa Tempatan, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf  bernilai muka $25 pada 15 Disember 1990. Duit syiling ini ditempa sebanyak 25000 keping sahaja yang ditempa di Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada masa dahulu dan pada masa kini dengan berlatarbelakangkan bendera Kuala Lumpur.

Bahagian belakang duit syiling ini pula menggambarkan logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan nilai muka syiling.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...