Isnin, 21 Februari 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa (2009)

 



 
**********************************************************








Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 14 April 2009. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Dato' Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan Balai Cerap Negara Langkawi dengan teleskop utamanya terletak di sisinya. Latar belakang duit syiling ini memaparkan kumpulan bintang yang dikenali sebagai Orion Belt dan planet Zuhal. Perkataan "International Year of Astronomy 2009" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling sebagai menandakan perayaan astronomi global.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo rasmi IYA2009 dan tema utamanya "The Universe, Yours To Discover". Perkataan Bank Negara Malaysia dipaparkan di bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling, di bahagian bawah.
 



**********************************************************



Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 150 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...