Isnin, 14 Mac 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) (2009)

 



 
***********************************************************







Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 27 April 2009. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj selaku Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia, di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak pada 27 April 2009.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan tanda kebesaran TLDM pada bahagian tengah duit syiling. Padanan tulisan Jawi bagi perkataan "Ulang Tahun Ke-75" dan "Tentera Laut Diraja Malaysia" masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawah duit syiling ini.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan kapal selam TLDM jenis Scorpene yang pertama, yang dinamakan Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman, mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama (dijangka tiba pada bulan Julai 2009). Perkataan "Jubli Intan TLDM" tertera pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" pula dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai mukanya pada bahagian bawah duit syiling.



***********************************************************

 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 150 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...