Selasa, 28 Disember 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia (2007)




 
*********************************************



 
 
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 26 Mac 2007. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Petuan Agong.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan simbol jabat tangan untuk menggambarkan hubungan kerjasama yang erat antara pasukan polis dengan orang ramai. Logo rasmi sambutan ulang Tahun ke-200 Polis Diraja Malaysia tertera pada bahagian atas simbol jabat tangan tersebut.

Reka bentuk sebelah belakang pula menggambarkan lambang rasmi Polis Diraja Malaysia. Perkataan"BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Gambar sebutir bintang terdapat pada sebelah kiri dan kanan nilai muka duit syiling berkenaan.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

*********************************************

Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 200 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...