Isnin, 15 November 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA (UiTM) (2006)



 
******************************************************







Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 09 November 2006.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan lambang rasmi UiTM sebagai motif utama di bahagian tengah. Perkataan “Universiti Teknologi Mara” diukir dalam tulisan rumi di bahagian atas dan tulisan khat nasakh di bahagian bawah duit syiling.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas UiTM dengan perkataan "JUBLI EMAS UiTM 2006" di bahagian atas. Tujuh biji manik di sisi kanan dan kiri pula menggambarkan 14 kampus cawangan UiTM di seluruh Malaysia. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
******************************************************

Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 300 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 300 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 300 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...