Rabu, 29 Disember 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIII (2007)



 
************************************************





Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 19 Julai 2007. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong lengkap dengan pakaian kebesaran diraja. Perkataan "SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN" tertera pada bahagian sisi reka bentuk duit syiling, manakala tarikh pertabalan tertera pada bahagian di bawah potret Baginda.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Yang di-Pertuan Agong. Perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Nilai muka duit syiling berkenaan tertera pada bahagian atas perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


 ************************************************



Tiada dalam blog ini

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 300 set.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 300 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...