Monday, November 8, 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan 50 Tahun Felda (2006)

Uniknya, untuk isu syiling peringatan ini, terdapat 3 jenis reka bentuk yang berlainan pada setiap jenis syiling. Sesuatu yang jarang-jarang diadakan dalam era moden syiling peringatan di negara ini.
 
* Duit Syiling Emas (pruf)
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan komoditi utama FELDA, iaitu kelapa sawit dan getah. Tema sambutan ulang tahun ke-50 FELDA, iaitu 'MENEMPA KEJAYAAN' tertera pada bahagian atas duit syiling ini untuk menunjukkan misi FELDA dalam memperbaiki dan meningkatkan kedudukan ekonomi penerokanya dan negara. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan potret pengasas FELDA, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
 
* Duit Syiling Perak (pruf)
Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan imej daripada tiga generasi peneroka FELDA dan bangunan 50 tingkat Ibu Pejabat FELDA yang dicadangkan. Imej ini melambangkan pertumbuhan dan kejayaan FELDA dalam menaikkan taraf hidup tiga generasi peneroka. Bangunan tinggi itu juga menggambarkan kesungguhan FELDA dalam membantu penerokanya mencapai taraf hidup yang lebih tinggi. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo FELDA dan kepentingannya di rantau ini sebagai pihak berkuasa pembangunan tanah yang terkemuka.
 
* Duit Syiling Emas Nordic
Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan tangan peneroka FELDA, yang usaha mereka menyokong cita-cita FELDA untuk memasarkan produknya ke pasaran global. Ia menggambarkan dunia sebagai pasaran FELDA, yang terkandung dalam setitis cecair berpunca daripada pembangunan komoditi oleh FELDA, yang dilambangkan oleh dedaun kelapa sawit dan getah yang melatari duit syiling ini. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan potret pengasas FELDA, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
 
*********************************************
 
 
 
 
 
*********************************************




Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 99.9 dan beratnya ialah 31.1 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 07 Julai 2006. Duit syiling peringatan ini menyerlahkan peranan dan sumbangan besar FELDA dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup peneroka. Duit syiling ini juga memberi penghormatan kepada pengasasnya, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua, yang lebih dikenali sebagai bapa pembangunan, atas sumbangan Allahyarham dalam pembangunan negara dan luar bandar.

Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan imej daripada tiga generasi peneroka FELDA dan bangunan 50 tingkat Ibu Pejabat FELDA yang dicadangkan. Imej ini melambangkan pertumbuhan dan kejayaan FELDA dalam menaikkan taraf hidup tiga generasi peneroka. Bangunan tinggi itu juga menggambarkan kesungguhan FELDA dalam membantu penerokanya mencapai taraf hidup yang lebih tinggi.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo FELDA dan kepentingannya di rantau ini sebagai pihak berkuasa pembangunan tanah yang terkemuka.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
*********************************************


Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 200 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 500 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...