Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Monday, November 23, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-30 Bank Negara (1989)



 


Spesifakasi Ringkas
Diameter: 37.8mm
Berat: 22gm
Tempaan Dibenarkan:
47000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 26 Januari 1989.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bangunan ibu pejabat Bank Negara Malaysia pada masa dahulu dan pada masa kini dengan berlatarbelakangkan kibaran bendera Malaysia.

 
***********************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
 Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini
 


Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Bank Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $30 pada 26 Januari 1989. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10000 keping sahaja yang ditempa di Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bangunan ibu pejabat Bank Negara Malaysia pada masa dahulu dan pada masa kini dengan berlatarbelakangkan kibaran bendera Malaysia.


Terima Kasih atas sumbangan foto ini
***********************************************************
* Uniknya syiling ini kerana inilah syiling peruf (proof coin) YANG PERTAMA KALI ditempa oleh Kilang Wang, Bank Negara Malaysia. Sebelum ini, syiling peruf Malaysia ditempa di Singapore Mint (Singapura), Valcambi Mint (Switzerland), Royal Mint UK, Birmingham Mint (UK), Franklin Mint (USA), Perth Mint (Australia), dan Hamburg Mint (Jerman).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...