Bank Negara Malaysia
mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50
Hubungan Diplomatik Malaysia-China (MCDR) pada 3 Disember 2024.
Duit syiling perak
pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25
dan berat setiap keping ialah 31 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10.
Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling
peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai 3 Disember 2024 hingga 5.00
pagi 9 Disember 2024.
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan konsep reka bentuk penghormatan kepada persahabatan yang kekal, kerjasama dan saling menghormati antara Malaysia dengan China sepanjang lima dekad yang lalu. Reka bentuk duit syiling ini menampilkan harimau Malaya dan panda gergasi yang merupakan ikon bagi kedua-dua negara. Mereka digandingkan bersebelahan dengan gelung infiniti, melambangkan hubungan yang lama dan rapat antara kedua-dua negara.
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian kanan duit syiling, dengan nilai muka “10 RINGGIT”. Motif tekstil tradisional songket dan motif bunga Cina digambarkan dengan simbol yin-yang, melambangkan hubungan yang saling melengkapi dan mesra antara kedua-dua negara.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan