Selasa, 9 Disember 2025

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun ke-150 Jabatan Kerja Raya (JKR) (2024)

 


Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-150 Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 3 Disember 2024.

Duit syiling peringatan untuk JKR menampilkan bentuk heksagon yang unik, iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia dan menyerupai bentuk logo JKR. Duit syiling ini juga didatangkan dengan kotak kayu premium. Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25 dan berat setiap keping ialah 29.9 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai 3 Disember 2024 hingga 5.00 pagi 9 Disember 2024.








Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan konsep reka bentuk duit memperingati peranan penting JKR dalam pembangunan infrastruktur negara sepanjang tempoh 150 tahun yang lalu. Di bahagian tengah duit syiling ini adalah Menara Kerja Raya iaitu kompleks pejabat utama JKR. Latar belakang duit syiling menampilkan corak geometri yang diinspirasikan daripada elemen reka bentuk yang terdapat pada Menara Kerja Raya. Siluet sekumpulan kru pembinaan di sebelah kiri duit syiling adalah simbolik kepada tenaga kerja JKR, yang merupakan tulang belakang kepada pelaksanaan projek pembangunan dan penyelenggaraan aset infrastruktur.

 Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada bahagian atas duit syiling. Logo ulang tahun JKR yang ke-150 dipaparkan pada bahagian kiri duit syiling, dengan nilai muka “10 RINGGIT” digambarkan di sebelah kanan. Siluet berulang bentuk logo JKR digunakan sebagai latar belakang duit syiling ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...