Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Wednesday, December 25, 2013

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80 (2013)

"Syiling ini adalah bagi mengenang segala jasa dan sumbangan perajurit negara sama ada masih berkhidmat mahupun yang sudah bersara. Sehubungan itu, saya menyeru kepada orang ramai khususnya warga ATM untuk memiliki syiling peringatan ini sebagai koleksi peribadi demi meningkatkan kebanggaan kita terhadap perkhidmatan ATM", - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli Mohd Zin.
*******************************************************



 



*******************************************************




Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping sahaja ditempa untuk set single. Duit syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80. Kewujudan Angkatan Tentera Malaysia bermula dengan pembentukan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933, yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Tentera Malaysia berikutan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Angkatan Tentera Malaysia telah berkembang sejak lapan dekad yang lalu daripada sebuah pasukan tentera kepada Angkatan Tentera Serba Lengkap dan Canggih (Full Spectrum Force).
 
Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Panglima Angkatan Tentera YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin pada 20 Disember 2013 bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur diikuti oleh penjualan pada 23 Disember 2013. Turut hadir majlis tersebut ialah Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Sukhdave Singh; Panglima Tentera Darat Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Timbalan Panglima Tentera Laut mewakili Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dan Ketua Staf Markas ATM, YBhg Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan ketiga-tiga bahagian Angkatan Tentera Malaysia, iaitu jet pejuang untuk mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kereta kebal untuk mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM), dan kapal selam untuk mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perkataan “ULANG TAHUN KE-80 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA” dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun “1933-2013” yang menunjukkan tempoh 80 tahun kewujudan Angkatan Tentera Malaysia dipaparkan pada bahagian bawah reka bentuk syiling.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo Angkatan Tentera Malaysia pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling tersebut.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

*******************************************************






Jenis pertama sekali yang habis dijual (sold out) lebih kurang pukul 10.30 pagi semasa jualan di Sasana Kijang.
 
Bank Negara Malaysia is issuing commemorative coins in conjunction with the 80th Anniversary of Malaysian Armed Forces. The origin of the Malaysian Armed Forces dates back to the formation of the Malay Regiment on 1 March 1933, which later officially known as the Malaysian Armed Forces with the formation of Malaysia on 16 September 1963. Eight decades have passed which saw the Malaysian Armed Forces evolve to a Full Spectrum Force. These commemorative coins are issued by Bank Negara Malaysia and will be available for sale from 23 December 2013.
 
Only 750 set for set of 2.
 
Coin Design
The design descriptive of the commemorative coins is as follows:
 
Obverse
The three divisions of the Malaysian Armed Forces are depicted by, namely, the fighter jet to represent the Royal Malaysian Air Force, the tank to represent the Malaysian Army and the submarine to represent the Royal Malaysian Navy. The words “ULANG TAHUN KE-80 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA” appear on the upper circumference of the coin while the years 1933 – 2013 denoting the 80 year anniversary of the Malaysian Armed Forces are inscribed on the lower circumference. 
 
Reverse
The logo of the Malaysian Armed Forces appears in the centre of the coin. The words “BANK NEGARA MALAYSIA” as the issuing authority of the commemorative coin is featured on the upper circumference of the coin, while the face value of the coin is inscribed on the lower circumference.


*******************************************************
 
 


Tiada dalam blog ini:

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...