Wednesday, September 11, 2013

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Muzium Negara Ke-50 (2013)

 
 



 
 
*******************************************************



  
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping sahaja ditempa untuk set single. Duit syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun Muzium Negara Ke-50 yang telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. Majlis pelancaran syiling ini dirasmikan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 31 Ogos 2013 bertempat di Perkarangan Muzium Negara, Kuala Lumpur. Pra jualan untuk siri ini diadakan sejurus selepas majlis perasmian diikuti oleh penjualan pada 2 September 2013.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej bahagian hadapan Muzium Negara yang dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “JUBLI EMAS MUZIUM NEGARA” dan tahun “1963 – 2013” yang menandakan ulang tahun ke-50 Muzium Negara tertera pada bahagian atas duit syiling.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan imej mural dari Muzium Negara dipaparkan adalah pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling ini tertera di bahagian bawahnya.



Terima Kasih atas sumbangan foto ini

*******************************************************






In conjunction with the 50th Anniversary of Muzium Negara, Bank Negara Malaysia is issuing commemorative coins. Muzium Negara (the National Museum) was officially opened on 31 August 1963 by the third Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong of Malaysia, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. These commemorative coins are minted and distributed by Bank Negara Malaysia and will be available for sale from 2 September 2013.


Only 750 set for set of 2.
 
Coin Design
The design descriptive of the commemorative coins is as follows:

Obverse
The front façade of Muzium Negara (the National Museum) is in the centre of the coin. The words “JUBLI EMAS MUZIUM NEGARA” and years 1963 – 2013 denoting the 50 year anniversary of Muzium Negara are inscribed on the upper circumference of the coin.
 
Reverse
The mural from Muzium Negara is in the centre of the coin. The words “BANK NEGARA MALAYSIA” as the issuing authority of the commemorative coin is featured on the upper circumference of the coin, while the face value of the coin is inscribed on the lower circumference.

*******************************************************
 
 Tiada dalam blog ini:

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...