Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Thursday, December 1, 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tabung Alam Sedunia (WWF) (2011)




 
**********************************************

 



 







 
 
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 24 November 2011. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan, bertempat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej spesies haiwan negara yang terancam seperti harimau, badak sumbu, tapir, gajah dan penyu pada sekeliling permukaan duit syiling. Pada bahagian tengah duit syiling ini dipaparkan imej hutan yang penting untuk kewujudan hidupan liar. Imej itu juga melambangkan usaha WWF dalam perlindungan alam sekitar, pemuliharaan hidupan liar yang terancam dan habitat hutan di Malaysia. Perkataan “Ulang Tahun Ke-50” adalah untuk memperingati 50 tahun usaha WWF menangani isu-isu alam sekitar, manakala tahun “1961-2011” menandakan tempoh penubuhan WWF.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan tanda dagangan berdaftar serta logo organisasi iaitu “WWF” dan beruang Panda pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “Bank Negara Malaysia”, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling. Denominasi duit syiling tersebut pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. Imej dan siluet bunga Rafflesia Azlanii, iaitu bunga yang unik bagi Malaysia, dipaparkan pada bahagian kiri syiling tersebut.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 

**********************************************
 


 
 
The commemorative coins of commemorative coins to commemorate the 50th Anniversary of World Wide Fund for Nature (WWF) were launchedby DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan of Perak Darul Ridzuan on 24 November 2011 at Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia in Kuala Lumpur. The Set of 2 consists of the silver and nordic gold proof coins
 
Only 300 sets for set of 2.
 
The design description of the 50th Anniversary of World Wide Fund for Nature (WWF) commemorative coins is as follows:

Obverse
The circumference of the coin depicts images of the nation's endangered animal species such as the tiger, rhinoceros, tapir, elephant and turtle. The centre of the coin features the image of the forests which is important for the survival of the wildlife. This also represents WWF's efforts in protecting the environment, the preservation of the endangered wildlife and the conservation of the forest habitat in Malaysia. The words "50th Anniversary" is to commemorate 50 years of WWF's efforts in addressing the environmental issues, while the years "1961-2011" signifies the period the WWF's establishment.
 
Reverse
The centre of the coin depicts both the registered trademark and logo of the organisation which are "WWF" and the Panda. The words "Bank Negara Malaysia" which is the issuing authority of the commemorative coin appears on the top circumference of the coin. The denomination of the coin appears on the lower circumference. The image and silhouette of the Azlanii Rafflesia flower which is unique to Malaysia is featured on the left side of the coin.
 
**********************************************
 
 


Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 250 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 300 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...