Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Tuesday, January 11, 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Penubuhan St.John Ambulans Malaysia (SJAM) (2008)

 
 
 
 
*************************************************************





Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 24 Jun 2008. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Dato' Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Kuala Lumpur.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan gambar dua sukarelawan SJAM sedang membawa pesakit ke dalam ambulans. Perkataan St.John Ambulans Malaysia tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala cogan kata rasmi SJAM, iaitu Perkhidmatan Bagi Manusia, dipaparkan pada bahagian sisi bawah duit syiling tersebut.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi SJAM pada bahagian tengah duit syiling. "St.John's Wort", sejenis tumbuhan herba berbunga kuning yang digunakan untuk merawat luka, lecur, gigitan serangga dan penyakit malaria dipaparkan mengelilingi bahagian bawah lambang rasmi SJAM. Perkataan Ulang Tahun Ke-100 dipaparkan pada bahagian atas sisi duit syiling menandakan tempoh 100 tahun penubuhan SJAM manakala perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang, tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling. Nilai muka duit syiling tertera di bawah pada bahagian tengah duit syiling tersebut.
 

Terima Kasih atas sumbangan foto ini


*************************************************************
 
 Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 150 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...