Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Monday, June 15, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Kurun Ke-15 Hijrah (1980)


Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
 
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.4mm
Berat: 17g
Tempaan Dibenarkan: 500000

Duit syiling ini dikeluarkan pada 11 November 1980 sempena dengan memperingati abad ke-15 Hijrah yang jatuh pada tanggal 1 Muharam 1401.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan logo sambutan sedunia perayaan menyambut ketibaan abad ke-15 Hijrah baharu. Huruf “HA” bermaksud hijrah. Bangunan Kaabah dan menara Masjid Nabawi di Madinah melambangkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Sarang labah-labah melambangkan perpaduan dalam kalangan orang Islam di Malaysia.

Friday, June 12, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Getah Asli (1979)

Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
 
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.4mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 500000

Duit syiling ini dikeluarkan pada 2 Julai 1979 sempena dengan 100 tahun penanaman getah asli di Malaysia walaupun ulang tahun yang ke-100 penanaman getah ialah pada tahun 1977, tidak diketahui mengapa syiling ini dikeluarkan selepas dua tahun ulang tahunnya.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan torehan pada pokok getah dan perkembangannya sebagai salah satu sector industri pada ketika itu.

Thursday, June 11, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-20 Kemerdekaan (1977)

Bahagian Hadapan
 
Bahagian Belakang
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.4mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 500000
 
Duit syiling ini dikeluarkan pada 30 Ogos 1977 sempena dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-20.

Bahagian hadapan duit syiling ini memaparkan imej Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman.
 

 

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

 
 *****************************************************

* Turut dikeluarkan ialah syiling kupro nikel tempaan peruf bernilai muka $1. Duit syiling ini ditempa sebanyak 3100 keping. (Rujuk foto syiling yang telah digredkan oleh NGC diatas)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...